Extra! Extra! PUBG Mobile dah nak masuk Season 5 guys! Okay, chill dulu. Apa yang dinantikan-nantikan ada dalam season 5 ni okay so chill dulu hahaha XD. Okay apa yang ada dalam season 5 ni macam bro pernah cerita haritu dalam article #RacunTips: *PUBG Mobile* Apa Yang Korang Kena Tahu Dalam Update Terbaru ni bro ada cerita pasal update-update yang akan ada kan?

Haa kali ni bro nak confirmkan balik apa yang ada okay? Alright, so update ni memang besar kaw-kaw sebab nanti update season 5 PUBG Mobile ni ada laser sight attachment, gold skin untuk senjata UMP9 dan AKM, black and white dragon untuk sniper rifle KAR98k dan banyak lagi. Bukan skin untuk weapon je tau yang ada, untuk kenderaan pun ada so lek je skin memang lawa-lawa. Skin untuk kenderaan yang ada adalah ice cream truck skin untuk van Volkswagen dan skin kereta Mad Max daripada cerita awesome Mad Max tu haa skin ni untuk kereta Dacia.

Yessss, ada lagi skin baju untuk korang-korang yang merupakan hardcore gamer PUBG Mobile okay so chill dude makan sneakers kalau anda lain macam. Antara skin yang ada untuk season 5 ni adalah, skin yang bertemakan Ubisoft’s Assassin’s Creed, pahlawan daripada zaman medieval Jepun, birthday cake suit, costume gold full body dan banyak lagi ada.

So, korang mesti lah dah dengar khabar sana sini pasal Zombie Mode kan? Yes, akan ada zombie mode dalam update season 5 ni dan loading screen pun ada wallpaper baru yang dia tunjuk ada gambar daripada Resident Evil 2 dan Battle Royale Pass Season 5 untuk ditunjuk masa korang tengah tunggu nak match up tu. Update Zombie Mode ni adalah update terbesar dalam update ni dan Tencent pun dah drop some hints masa gameplay ada nampak mayat-mayat dalam map kan? Weapon Scar-L jugak akan digantikan dengan MK47 Mutant rifle. So nantikan update season 5 ni okay guys dah tak lama dah hehe Winner Winner Chicken Dinner!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: