Update:

Nepal Dah Tak Ban PUBG Mobile

So gais, haritu E-jam ada cerita kan pasal PUBG Mobile kena banned di Nepal tapi kalau korang tak tau or tak baca lagi ada di bawah ye. So, warga ibu bapa dan guru-guru di Nepal dah bersetuju untuk beramai-ramai bantah dan ban game PUBG Mobile ni. Diorang pun bawak kes ni ke pihak police terus.

Selepas keputusan pembelajaran anak-anak makin menurun dan sikap makin mengganas, diorang pun bengang dan terus nak ban game ni. Maka game ni pun telah di ban di Nepal secepat mungkin. Tapi nampaknya ban tu tak kekal sebab mahkamah tertinggi kata benda ni tak wajar. Ban kepada game PUBG Mobile jugak dikatakan akan menghalang kebebebasan orang lain untuk bermain game.

PUBG Mobile Dah Mula Kena Banned Di Nepal

PUBG-Mobile-Nepal-Ban

PUBG Mobile kena banned di Nepal?? Iyaa, dan ban ni dikuatkuasakan mulai sekarang jugak takda sebarang alasan atau delay. Keputusan ni dibuat sejurus selepas pihak sekolah mula menerima banyak panggilan oleh para ibu bapa, pihak sekolah dan persatuan sekolah. Complain yang diberikan adalah tentang keputusan pelajaran anak-anak diorang mula menurun. Ramai yang berkata punca kepada penurunan pada socre pelajaran anak-anak diorang adalah daripada game battle royale iaitu PUBG Mobile.

Nepal Metropolitan Crime Division pun telah memfailkan satu litigasi kepentingan awam  daripada Mahkamah Daerah Kathamandu untuk ban game PUBG Mobile. Sehari selepas tu, Nepal Telecommunication Authority telah call ISP (internet service provider) dan mobile service provider untuk ban game PUBG Mobile tu.

PUBG-Mobile-Banned-Nepal

Ketua Metropolitan Crime Division, Dhiraj Pratap Singh berkata yang diorang bercontact dengan psychiatrist untuk membuat keputusan samada untuk ban atau tidak game ni. Akhirnya diorang pun membuat keputusan yang muktamad untuk ban game ni dan voila! Ban terhadap PUBG Mobile pun dimulakan mulai sekarang. Katanya pihak psychiatrist berkata yang keputusan tu dibuat sebab ibu bapa risau yang keputusan pelajaran anak mereka menurun dan diorang mula bersikap ganas dan kurang ajar.

Sebenarnya ni bukan kali pertama game ni mencetuskan controversy, di India, game ni dah dimulakan operasi ban dan kalau korang tak tau, korang bacalah article pasal 10 orang budak-budak kena tangkap main PUBG Mobile dan Health Reminder muncul dalam PUBG Mobile di India. So, korang rasa macam mana ni, patut ke game ni di ban atau kena pantau jer kanak-kanak dan berikan perhatian secukupnya?

Keep it cool and Winner Winner Chicken Dinner gais~


Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: