Joker Akan Masuk Mortal Kombat 11

racun-tech-mortal-kombat-11-joker

Badut kesayangan ramai daripada DC Comics dan DCEU iaitu Joker akan masuk Mortal Kombat 11 sebagai DLC Character. Seperti yang korang tahu, Mortal Kombat 11 telah keluar untuk PS4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch pada 23 April 2019. Game yang ngeri sampai kena ban di beberapa negara ini dikatakan akan menambah sebanyak 9 orang baru sebagai DLC.

Tapi dalam satu post Twitter yang dikeluarkan oleh director kepada game ini iaitu Ed Boon, nampaknya kita akan bertambah lagi seorang dalam senarai character DLC tu.

Semuanya Bermula Dengan Lirik Lagu

racun-tech-mortal-kombat-11-tweet

Untuk korang yang tidak tahu, ayat melalui post Twitter Ed Boon tu adalah lirik bagi lagu Some People Call Me the Space Cowboy (The Joker). Tapi selepas Ed Boon post itu, para developer dalam NetherRealm Studios jugak turut berjenaka dan bergurau sekali. Tapi ada satu reply yang berkata “what a joker”.

racun-tech-mortal-kombat-11-tweet-response

Mungkin tiada kaitan tapi mungkin juga ada kaitan. Ramai juga yang mengatakan tweet daripada Ed Boon ini sebenarnya adalah satu ramalan bahawa Joker akan masuk ke dalam Mortal Kombat.

Sebelum dikatakan akan ada Pennywise jugak tetapi ramai jugak yang berkata tak akan jadi disebabkan ramalan baru ini dan mesti lah pelik dua badut dalam satu game yang sama kan? Apa-apa pun kita tak boleh percaya sangat dengan tweet ini dan ramalan ini. Guraun secara post di media sosial daripada developer kini menjadi satu trend dalam alam maya so kita hanya mampu tunggu dan lihat sahaja sekarang apa akan jadi nanti.
 

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: