Terasa Seperti Memakai PC Dengan Laptop ROG G703 Chimera Ni

racun-tech-rog-chimera-g703

So adakah korang peminat dengan barangan gaming ROG. Korang pernah tak beli laptop ROG? Haa kali ni nak diperkenalkan korang dengan satu laptop refreshed version iaitu ROG Chimera G703. Bila dikatakan refreshed version ni, maksudnya mula diperkenalkan dan dijual pada 2018 tapi kini telah diperbaharui dengan CPU i9-9980k dan GPU RTX 2080 GDDR6 8GB.

So sebagai permulaan, ni adalah laptop. Yes, laptop, tapi bukan calang-calang punya laptop tau gais sebab performance dia korang boleh compare dengan PC Gaming yang tersedia ada sekarang ni. Laptop model G703G-XREV044T ni mempunyai spec yang sangat-sangat high end bagi laptop gaming. 

Spesifikasi Laptop Chimera G703

Untuk pengetahuan korang, dulu laptop ni memakai CPU i7-7820HK dan memakai GPU GTX 1080 GDDR5X. Tapi sekarang dengan tahun ni kita didatangi dengan GPU dan CPU yang power, laptop ni kini memakai RTX 2080 GDDR6 8GB dan i9-9980HK. So kalau korang rasa pakai laptop ni tak power, laptop ni terbukti akan membuatkan tanggapan korang salah.

Selain tu, laptop ni jugak merupakan laptop yang mempunyai IPS level paling responsive setakat ni. Dengan 17.3 inci screen display yang mempunyai 144Hz refresh rate dan tecnology G-Sync, gerenti membuahkan hasil yang memuas hati. Game korang akan ditunjukkan secara smooth dengan screen refresh rate yang tinggi, mengurangkan motion blur, dan boleh handle latest game AAA tanpa frame stutter dan visual tearing. 

racun-tech-rog-chimera-g703-full-display

Storage Laju? System ADC Cooling? 

Selain tu, Chimera G703 ni jugak mempunyai storage paling laju untuk laptop gaming! HyperDrive Extreme storage menggunakan technology exclusive yang mampu menggabungkan 2-3 NVMe PCIe 3.0x 4 SSD, membuatkan Chimera G703 ni laptop paling laju RAID 0 storage configuration. Kelajuan pemprosessan data bagi laptop ni mencecah sehingga 8700MB/s.

Laptop ni jugak mempunyai system ADC atau Anti-Dust Cooling system. Kalau pakai mana-mana barang, mesti lambat laun akan kena atau masuk habuk betul? Sama jugak macam PC dan laptop. Tapi ASUS memang tau cara untuk melindungi product penggunanya. Sebab tu diorang buat system ADC ni. System ADC ni akan menolak segala habuk atau apa-apa jenis kotor daripada memasuki thermal fins laptop ni. Seterusnya dia akan menyejukkan CPU, GPU dan chipset secara berasingan. So korang tak perlu risau laptop ni akan panas sebab habuk dan menutupi lubang angin laptop ni.

Selain daripada yang disebut di atas, laptop ni, macam laptop sekarang, ada SRGB keyboard, setiap satu kunci keyboard tu adalah RGB so korang baru lah rasa bangsawan bukan? Hehe

racun-tech-keyboard-chimera-asus

Tapi, bila spec dah padu, harga mesti padu kan? Harga untuk portable gaming beast ni adalah RM19,999. Walaupun mahal, tapi dijanjikan performance yang padu memang berbaloi kan gais? Yang bagus pasal laptop ni memang spec dia semua high-end dan menjanjikan performance yang korang tak pernah mintak tapi sangat-sangat memerlukan. Haa, korang perlu tau jugak, laptop ni menyediakan 2 tahun global warranty, maksudnya korang boleh mendapat service warranty di mana-mana kat bumi asalkan masih dalam tempoh warranty.

So kalau korang rasa-rasa akan memiliki laptop ni, korang memang akan lucky bila dapat. Performance padu, memang takkan menyesal dan korang bagaikan tidak perlukan PC. Bak kata orang sekarang, benda boleh laptop, kenapa PC gitu kan? Hahaha jk jk so keep it classy gais, stay safe dan ciao~

Sumber: ASUS

See Also: Asus Malaysia lancarkan ROG STRIX SCAR III!, Monitor gempak, ROG Swift PG27UQX diumumkan dekat Computex 2019!, ASUS Umumkan Dua Portable Monitor! #Computex2019, Death Stranding Bakal Ke PC Tak Lama Lagi!?, Call Of Duty: Modern Warfare Trailer/ Akan Tiba 25 November!, MOBA Marvel Super War Didedahkan?!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: