#RacunTips – Nak Upgrade Apa Dulu, ek?




BANG, SPEC PC SAYA NI MACAM NI, NAK UPGRADE YANG MANA DULU EH?
.
[#STEP NO 9 KORANG PALING SUKE]
.
Abam banyak gila dpt soalan mcm ni, tp korang jgn risau atau bimbang, senang je, meh abam ajar formula.
.
PERTAMA
Kalau belum pakai SSD, abam memang galakkan korang beli dulu SSD utk windows korang, sebab?
1. Turn on (boot) PC Laju gila beb.
2. Application yg korang install kat ssd akan laju bila nak access/open.
3. Even background windows processing punya system apps pun akan bertambah laju.
4. Issue macam nak reconnect kepada game, selepas kne restart game atau restart PC boleh diperbaikkan, so kalau mcm korang main online game mcm dota, csgo, boleh elak abandon sbb recon laju gila (but still bergantung pada kelajuan internet.
.
SSD bantu kelajuan utk access/open application, tapi anda juga perlu ingat, prestasi gaming anda still bergantung kepada Graphic Card > Processor > RAM anda.
.
KEDUA
Upgrade Power Supply kalau belum lagi pakai Power Supply yang reliable. Rosak power supply boleh effect kerosakkan component lain (daripada electricity short, etc)
.
KETIGA
Upgrade monitor korang dlu kalau korang belum pakai full HD punya monitor (1080p resolution). Kalau monitor kecik, upgrade jadi monitor besar dulu.
.
Kenapa monitor dulu? Sebab itu lah yang korang nampak and tengok, mana ada orang main game pastu pandang processor kan?.
.
KEEMPAT
Upgrade Graphic Card atau Graphic Processing Unit (GPU). Kalau game korang main belum cecah 60fps kat high/ultra setting, consider utk upgrade GPU dlu, bukan processor dulu.
.
KELIMA
Upgrade processor juga perlu SAHAJA, processor yang boleh support GPU korang, tak perlu overkill. Unless korang nak streaming or rendering, then yes anda perlu processing power yang lebih.
.
Formula simple yg korang boleh pakai utk most games (bukan semua).
>2 cores 4 threads processor (G4560, Intel i3, etc) – support GTX1050ti dan kebawah
>4 cores 4 threads processor (Ryzen 3, Intel i5) – support GTX1060 6GB dan kebawah
>processor yang lebih power – support GTX1070 dan ke atas
.
KEENAM
Upgrade RAM, kalau sapa yang belum 8GB RAM, buleh upgrade ke 8GB RAM dahulu. Siapa2 yg main openworld game macam GTA V, PUBG, Fortnite, dah boleh consider 16GB RAM kalau ada rasa macam laggy or lambat render masa main game-game di atas.
.
KETUJUH
Upgrade casing/accessories kalau nak nampak cantik sikit, biasanya ramai PC letak atas meja, so tuka casing yg cantik utk tuka selera pun ok. kalau dah lama sangat casing tu dah berabuk, tukar la, or boleh add-on kipas LED atau LED strip untuk cantik.
.
KELAPAN
Upgrade Hard Disk kalau dah penuh
Upgrade mobo klau rasa nak lebih fungsi macam sound boost, nak SLI ke apa ke.
.

LAST BUT NOT LEAST KE-9
#tambahsket ape pon boleh
.
.
Ini pendapat abam, pendapat korang mungkin berbeza, sapa ada pendapat lain boleh share2 utk kebaikan kita semua 


Leave a Comment

Scroll to Top