#RacunTips-Pilih mouse gaming Wireless atau Wired?

 

Ramai orang sekarang main beli je mouse yang penting murah. Betul ke? Tapi ada juga yang jenis memilih sebab mungkin dia jenis yang lasak, nak nampak style dan macam-macam lagi.

Jadi sis nak share tips untuk memilih mouse gaming yang terbaik untuk digunakan;

1) Usia Kegunaan

– Jika anda mahukan mouse yang boleh tahan lama, disyorkan guna wired mouse sebab ia jimat dan tak perlu nak tukar-tukar bateri.

– Jika mouse wireless, ia agak membazir sebab selalunya kena tukar bateri especially mouse yang ada style lampu-lampu.

2) Faktor Kepekaan

– Faktor ini bergantung dengan aktiviti atau kerja yang dilakukan. Jika setakat guna untuk buat kerja biasa, anda boleh gnakan mouse yang mempunyai DPI yang rendah.

– Jika untuk bermain game, gunakan wired mouse sebab kebanyakkannya wired mouse mempunyai DPI yang tinggi.

3) Style Design Mouse

– Mereka yang suka atau mengutamakan dari segi design yang cantik dan nampak style, boleh pilih yang wireless mouse.

– Wireless mouse ni dia boleh gerak bebas sebab tiada kabel-kabel.

 

Tapi, terpulang kepada korang lah sama ada inginkan wired ataupun wireless mouse. Okay?

 

Leave a Comment

Scroll to Top