#RacunTips – Tips Memilih Monitor Dengan Efektif




Korang mesti terfikir kan, apa pasal ada monitor harga sampai beribu-ribu, padahal 27 inci je, monitor lain 27 inci tak sampai RM3,000 pun, ada je yang harga RM600 lebih. Apsal entah ada monitor mahal-mahal ni, ini semua salah kerajaan la ni! xD

Monitor ni sebenarnya adalah antara komponen yang paling penting juga. Kenapa? kerana monitor ni la yang display game korang, korang tengok game korang kat monitor kan? Bukan kat keyboard betul? So kalau korang punya gaming PC korang tu gempak gila, why not invest on good monitor, korang mesti akan nampak improvement ketara, serius!

Sebenarnya, actually ada banyak faktor yang menyebabkan harga monitor tu berbeza, so kat sini abam nak share, start daripada yang basic, sampai lah yang complicated sampai korang pun tak boleh brain.

Faktor #1 – Saiz & Resolution

Of course, saiz monitor tu memainkan perananlah, korang nak kegunaan macam mana, nak main game ke, nak buat kerja ke, nak tengok movie ke, nak main console ke. Kalau korang beli, korang kena tengok saiz yang sesuai, untuk PC gaming, kami cadang size 22 – 27 inci sesuai untuk most gaming yang ada.

Ada sesetengah orang juga prefer ultra-wide punya monitor, so kalau main game macam PUBG, fortnite, nampak macam wide angle, macam nampak luas. And ultra-wide monitor juga best untuk multitasking, buat kerja banyak dalam satu masa.



Faktor #2 – Jenis Panel

Korang mesti perasan, apa pasal ada monitor yang color dia lawa, ada yang color dia kelabu-kelabu je. Itu adalah jenis panel yang sesuatu monitor tu pakai.

Ada tiga jenis panel yang popular untuk monitor yang wujud kat dunia ni, kalau abam nak rate ketiga-tiga panel ni, IPS panel paling lawo, diikuti VA panel, dan paling tak lawo sekali adalah TN panel. IPS panel ni memang paling lawo and abam sendiri guna la, kalau main game tu biasanya memang cantik, tapi orang kata TN panel ni main lama-lama tak sakit mata, tak tau lah. Pada pendapat abam, tengok kesesuaian seseorang tu juga.

Contoh IPS vs TN panel, IPS punya color nampak lagi cantik, and IPS ini stands for In-Plane Switching, maksudnya, klau korang tengok daripada tepi pun color dia still nampak cantik, dan tak hilang.

Faktor #3 – Refresh Rate

Ini ramai orang tak tau, semua orang nak main game dengan FPS (frame per second) tinggi, tapi ramai lagi yang tak tau, kalau nak fps tinggi, monitor refresh rate mesti la tinggi juga. Untuk konklusi, refresh rate ni mementukan berapa FPS yang korang nampak dengan mata korang. So basically, lebih tinggi refresh rate, lebih smooth korang nampak pergerakan dalam game korang.

Contohnya: di monitor 60hz, fps yang visible kat mata korang adalah cuma 60 fps. Even system korang tunjuk 100fps sekali pun, apa yang korang nampak dengan mata kepala korang adalah actually cuma 60 fps sahaja.

Sebab tu tak guna kalau graphic card mahal, processor mahal, tapi kedekut nak beli monitor, sebab apa yang kita spend kat gaming rig kita tu kita tak nampak pun sebab monitor cuma display 60 fps saje (sebab monitor cuma 60hz)

Refresh rate yang popular kat pasaran ada wujud 60hz, 75hz, 144hz and kalau tak silap abam 240hz pun ada, tapi itu memang high end gila lah, and apa yang abam baca juga, kebanyakan mata manusia boleh tengok sampai 144 fps je, hanya sesetengah je yang boleh tengok lebih daripada tu.

Tapi actually 60hz monitor pun dah mencukupi, abam pun main kat 60hz je, still boleh menang game. Sebab untuk spend kat monitor with higher refresh rate, meaning korang kena spend lebih kat komponen lain macam graphic card dan processor.

Untuk kegunaan casual, gaming biasa-biasa kat rumah 60hz takde masalah, kalau nak naik sikit 75hz pun cantik, dah nampak lebih smooth. Untuk setting monitor macam ni, cari processor 4 core macam Ryzen 3, combo dengan GTX1050ti most game dah boleh support monitor 60-75hz.

Dalam pengalaman abam, kalau nak pakai 144hz punya monitor, graphic card mesti at least kena ada GTX1060 atau GTX970, kalau tak memang tak sampai 144 pun fps korang, dan biasanya 144hz punya monitor ni lebih effective and lebih jelas nampak kalau korang main First Person Shooter punya game macam PUBG, Overwatch, PUBG, Doom, GTA V dan sebagainya lah.

So kat sini abam nak share sikit video, perbezaan dari segi smoothness 30 fps vs 60 fps. Kalau 30 fps dengan 60 fps pun ada beza, apatah lagi 75 atau 144 fps, kompom lagi smooth.

Faktor #4 – Resolusi (Resolution)

Ada jenis orang dia suka tengok gambar yang sharp, yang gambar detail dan ini adalah dipengaruhi oleh satu faktor yang dinamakan “resolution”, makin tinggi resolution sesuatu monitor tu, makin detail gambar yang monitor tu hasilkan, so sesetengah orang rasa makin cantik. Tapi korang kena ingat, semakin tinggi resolution, semakin tinggi processing power yang graphic card korang kena process, ye lah sebab nak process lebih details.

So kami nak share beberapa resolution yang popular di bawah. Dan biasanya kami sarankan Full HD atau 1080p adalah paling optimum kerana gaming graphic untuk resolution ni dah cukup decent, and tak memerlukan processing power yang terlalu power untuk process graphic pada Full HD, meaning to say, untuk gaming yang decent, dan berbaloi, 1080p punya resolution dah memadai.

HD (720p) – 1280 x 720
Full HD (1080p) – 1920 x 1080
Quad HD (2k -1440p) – 2560 x 1440
Ultra HD (4k 2160p) – 3840 x 2160

Ada sesetengah orang juga prefer ultra-wide punya monitor, so kalau main game macam PUBG, fortnite, nampak macam wide angle, macam nampak luas. And ultra-wide monitor juga best untuk multitasking, buat kerja banyak dalam satu masa.

Faktor #5 – Response Time

Response Time adalah masa perjalanan, bila rig korang dah process informasi, lepastu dia nak pass informasi tu kepada monitor korang, untuk monitor tu process image/graphic. Susah betul nak terangkan, tapi dalam bahasa yang senang, semakin rendah response time, adalah semakin bagus. Contoh, kalau korang tekan jalan ke depan, kalau response time tu cepat, character game korang terus je jalan, kalau response time lemah, character korang maybe response lambat sikit which fenomena ni biasanya istilah dia dipanggil input delay. Tapi abam tanak tekankan sangat faktor ni, sebab kebanyakan monitor sekarang datang dengan 4ms which apa yang abam baca, kebanyakkan orang tak dapat distinguish or bezakan dengan 1ms response time.

So abam dah cover faktor-faktor yang korang kena tengok sebelum korang pilih monitor, harap abam sedikit-sebanyak membantu korang untuk beli monitor.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.







  • author image
    izzat ceria Reply
    Sep 23, 2018 @ 7:33 am

    racun tech the best.. ini kalau dapat pc ni boleh buat video untuk racun tech ni.. hehe..

  • author image
    Zafran Azfar Reply
    Sep 23, 2018 @ 10:35 am

    we cant see it but we can feel it

    FPS

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: