Rakyat dapat menikmati harga Broadband dengan LEBIH RENDAH!!

 

MCMC telah keluarkan kenyataan bahawa rakyat akan dapat menikmati harga jalur lebar talian tetap dengan lebih rendah.

Sebelum ini, MCMC membiarkan orang ramai tahu bahawa plan mereka untuk internet broadband di Malaysia terutamya berkaitan dengan MSAP yang masih dalam proses perjanjian bersama Telekom dan beberapa syarikat telekomunikasi untuk plan mengurangkan harga jalur lebar talian tetap.

Pada 6 Okt lepas, syarikat Telekom Malaysia, Maxis, Celcom dan Time dotcom (TIME) telah mengumumkan pakej-pakej jalur lebar talian tetap yang baharu. Mereka mula menawarkan pelan internet jalur lebar dengan harga dibawah RM100. Korang boleh lihat jadual bawah ni untuk perbezaan harga sebelum dan selepas pelaksanaan MSAP. Oh, kalau nak tahu, pelan TM 30Mbps mempunyai kuota 60GB tapi yang lain tidak.

Selain itu juga, dapat dilihat bukan sahaja pengurangan harga tetapi kelajuan internet juga telah di upgrade, untuk Unifi Turbo plan yang mempunyai 800 Mbps Rm329 sebulan, dan TIME juga tawarkan pelan 1Gbps RM199 sebulan. Wah!

Memang best semua telah di upgrade. Lagi laju lah internet di Malaysia selepas ini. Tapi, sis perasan Streamyx tidak ada dalam senarai pelaksanaan MSAP ni. Kenapa?

Nampaknya tidak semua syarikat penyedia internet ini dapat menawarkan kepada orang ramai dan masih mempunyai terhad untuk pelan internet. Streamyx masih menawarkan pelan internet dengan harga RM160 sebulan untuk 8 Mbps dan RM110 sebulan untuk 1 Mbps. So, ini tidak sesuai lagi untuk masa kini yang semakin canggih.

SKMM masih berusaha untuk terus meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia.

Bagi sis, kemungkinan juga mereka tak dapat nak tawarkan pelan internet ini dalam sesuatu tempat dan terhad. Tapi kalau macam tu, lagi lambat lah pengurangan harga untuk internet. Betul tak?

 

P/s: Anda tidak tahu mana nak servis komputer anda? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



		
		
			

Leave a Comment

Scroll to Top