Rampage Gaming Wakil Team Malaysia Dalam Esports!

Rampage Gaming wakil team untuk Malaysia dalam Esports?? Yes gais, dan sebenarnya team ni jugak dikira sangat bagus sampai boleh ke luar negara dan menang. Macam mana? Haa part tu nanti E-jam cerita tapi sekarang ni jom kita kenali siapa dalam team Rampage Gaming yang awesome ni.

Siapa Team Rampage Gaming Ni?

racun-tech-rampage-gaming

Dari kiri: Hakiem Ranger (captain), Rainyz, Izxmn, SeanAsia, dan Kira. Ini adalah team roster yang terkini dalam team Rampage Gaming. Okay so, meh E-jam ceritakan dulu siapa diorang ni. Team Rampage Gaming ni ditubuhkan pada tahun 2014 dan diasaskan di Malaysia. Sejak itu, diorang pun mula lah main game Call of Duty secara professional. Diorang jugak sekarang sudah dimiliki oleh Axis Esports. So, Axis Esports memang sangat membantu dalam menyediakan kemudahan dan memberikan sokongan yang diperlukan untuk membantu diorang.

Azam dan Harapan 

Apa yang membuatkan diorang sangat bersemangat untuk main secara professional ni sebenarnya sebab diorang nak buat game seperti Call of Duty ni sebagai game yang best sekali lagi. Diorang nak laksanakan goal tu dengan bermain secara professional dan akhirnya memenangi championship international sebagai juara di Esport Hong Kong iaitu Asia Championship 2019 untuk game Call of Duty Black Ops 4.

Tapi bila E-jam cakap diorang wakil team Malaysia tu memang no joke tau sebab diorang dah menang banyak international championship sehingga diiktiraf oleh team negara luar sebagai team yang memberikan ancaman kepada diorang. Basically team Rampage ni memang “rampaging” lah hahaha.

Rampage Gaming berharap yang dengan menyertai banyak international championship, dan mendapatkan tempat juara dalam championship, team ni jugak inginkan community suka kepada game Call of Duty. Bukan tu je, tapi diorang jugak mahu developer game Call of Duty sedar yang diorang telah buat game yang best dan masih ramai sukakan game seperti ni.

So gais, jangan risau, kita dah ada wakil Malaysia untuk Esports game Call of Duty! Bangga tak bangga? Tapi korang jangan down pulak rasa macam tak boleh saing, sebab kalau korang berusaha macam team ni, mana tau boleh jadi macam diorang? Kita sama-sama lah naikkan nama Esports dalam Malaysia okay? So, goodluck team Rampage Gaming in the near future dan goodluck jugak pada kejohanan Call of Duty World League yang akan diadakan pada 3-5 May nanti.

Keep it cool and support Malaysia gais!


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: