Sebab Penubuhan Ranked Mode?

Dengan kemunculan Season 2 Apex Legends hari ini, kita akan didatangi dengan Ranked Mode yang hangat diperkatakan oleh ramai gamers. Tapi ramai yang salah faham sebenarnya dengan cara Ranked Mode beroperasi dan kini Respawn Entertainment telah menyediakan penjelasan untuk season baru mereka melalui post di Reddit

Sebagai permulaan, Ranked Mode dalam Apex Legends telah dibuat bertujuan untuk membuat satu match itu lebih berkualiti. Respawn faham bahawa ada sesetengah player yang sangat kuat dan ada yang masih menyesuaikan diri dengan suasana Apex Legends. Maka dengan itu, bila bermain, mesti ada yang cepat kalah dan ada yang merungut kenapa disatukan match dengan yang pro player.

So Respawn Entertainment pun akan seimbangkan skill player dengan Ranked Mode yang akan matchmaking game player dengan player lain yang setaraf level gameplaynya. 

League Dan Division Dalam Ranked Mode Apex Legends

racun-tech-apex-legends-season-2-ranked-mode

Dalam mode ini terbahagi kepada 6 liga berbeza yang di mana player perlu tempuhi. Bermula daripada Bronze, kemudian Silver, Gold, Platinum, Diamond dan paling tertinggi iaitu Apex Predators. Tetapi liga-liga ini ada divisionnya. Contohnya korang akan bermula dengan Bronze IV dan bila dah kumpul cukup Ranked Point (RP) korang akan naik ke Bronze III.

Dalam mode ini, korang akan bertungkus lumus untuk mengumpul RP, yang akan menaikkan rank korang. Di bawah ini menunjukkan berapa RP yang korang boleh kumpul dalam satu match:

Setiap satu kill: 1RP (Max 5RP satu match)

Top 10 dalam match: 2RP

Top 5 dalam match: 4RP

Top 3: 7RP

Win: 12 RP

Untuk mengelakkan kekeliruan, RP itu tak stack. Maksudnya, jika korang menang tempat pertama, yang RP untuk Top 10, 5, 3 itu korang takkan dapat tetapi hanya dapat yang 12RP sahaja. Untuk RP setiap kill jugak korang akan dapat sekali. Jadi, jika korang dapat tempat pertama dan dapat 5 kill (contohnya) maka korang akan dapat jumlah 17RP.

Tetapi diingatkan di sini, untuk main dalam Ranked Mode ini, korang perlu menggunakan jugak RP yang korang kumpul itu sebagai cagaran untuk bermain. Kos untuk bermain juga akan menaik jika korang telah naik liga:

Bronze: Free

Silver: 1RP

Gold: 2RP

Platinum: 3RP

Diamond: 4RP

Apex Predator: 5RP

Yes, untuk yang bertanya, korang boleh jatuh division contohnya daripada Gold III kepada Gold IV akan tetapi, korang tak boleh jatuh liga. Maksudnya, jika korang dah masuk liga Gold, korang tak akan jatuh ke liga Silver walau seteruk mana korang kalah nanti.

Apex Legends Season 2 akan bermula esok dan yang pasti Kings Canyon tak akan sama seperti dulu lagi. Selain itu ada penambahan weapon baharu daripada Titanfall iaitu L-Star. Nantikan kemunculan Season 2 dan jom serbu medan perang Apex Legends gais!

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: