Razer nak buat semua hardware jadi warna PINK termasuklah Laptops! Wah!!



Pada tahun lepas, Razer ada buat beberapa perubahan warna pada hardware-nya. Tahu tak warna apa? Warna pink gais!

Dengarnya, tahun ni pula “Quartz”, syarikat pink gaming gear nak kembangkan lagi dengan keluarkan warna tersebut pada hardware lain seperti mikrofon, wireless PlayStation 4, headset, phone case dan paling best adalah laptop Razer Blade Stealth edisi pink metal. Uish.

Warna pink tu adalah warna kegemaran sis tau! Nakkan pulak Razer nak keluarkan hardware dia dengan edisi pink semua, memang suka gila sis ni. Nampaknya semakin ramai orang dah terpukau dengan kuasa merah jambu. Lagi-lagi peminat Razer. Haha

Paling utama dalam edisi kali ini fokus dekat Blade Stealth yang mana laptop ni 13 inci yang lebih daripada laptop produktiviti. Tapi, Stealth yang asal iaitu hitam dan putih masih mempunyai ciri yang sama dengan edisi pink ni. Edisi pink ini dikeluarkan smepena Hari Valentine nanti. Ia mempunyai logo Razer yang cantik di bawah skrin. Korang boleh tengok kat gambar bawah ni.

Seterusnya, ia bukan la berkuasa besar tapi agak sukar untuk super-thin notebook dengan berat cuma 3 pound atau dalam metric iaitu 1.3 kilogram saja!. Ia mempunyai kad grafik Nvidia GeForce MX 150 4 GB, memori dual channel 16GB dan processor Intel i7-8565U generasi ke-8. Edisi pink Razer Blade Stealth ini adalah terhad dan dijual pada harga $ 1,600 di AS, Canada dan China.

Selain itu, yang terbaru dari Razer dalam versi pink Raiju Tournament Edition adalah wireless PlayStation 4 dan controller PC. Dengan button yang di re-mappable semula, dan ada option untuk adjust sensitivity, ia adalah controller yang serba boleh. Tapi malangnya, controller ini hanya boleh dapat di Eropah, Asia dan Oceania.

Razer Kraken headset generasi ke-3 edisi pink ni akan available di semua tempat dengan harga $80. Manakala, untuk mikrofon Razer Seiren X pula $100 dan pink Base Station Chroma pula adalah $60.

Paling terbaru sekali adalah keyboard Quartz dan mouse juga warna pink! Terdapat versi pink untuk Razer Huntsman. Ia menggunakan optical switches untuk tindak balas yang lebih cepat, interupt cahaya dalam keystroke. Razer Basilisk harganya adalah $70, ia adalah mouse yang comel dengan warna pink. Keyboard Chroma Extended Goliathus yang dijual pada harga $60.

Kepada korang yang minat dengan warna pink ni, ha boleh lah dapatkan semua produk Razer yang warna pink tu. Alamak! jatuh hati pulak dengan laptop tu. Nice sangat!!





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: