Razer Phone 2 hadir dengan teknologi phone gaming yang terbaik!!

author image by Moon | Gaming | 0 Comments | 12 Oct 2018

Gaming’s phone sudah menjadi kegilaan orang ramai pada masa kini yang hadir dengan mempunyai beberapa feature menarik seperti 120Hz display. Salah satunya adalah Razer phone, ia hampir setahun telah diperkenalkan dan kini Razer Phone 2 bakal hadir dipasaran. Menurut Razer, pre-order untuk Razer Phone 2 sudah dibuka!

Razer Phone 2 masih hadir dengan skrin power dalam gaming dengan skrin 120Hz. Ia mempunyai 5.7 “120 Hz UltraMotion IGZO tetapi brightness lebih 50% cerah. Hanya device Razer sahaja ada dengan sistem cooling chambers yang akan memberikan kestabilan lebih baik dalam Razer Phone 2. Ia juga mempunyai 8GB LPDDR4X RAM dan 64GB UFS storage.



Bukan itu saja, ia juga mempunyai pengecasan tanpa wayar. Razer telah menambahkan lampu Razere Chroma RGB ke Razer Phone 2. Logo Razer dibelakang boleh digunakan dengan pelbagai pilihan warna termasuk notifikasi pemberitahuan yang boleh ditetapkan. Korang juga boleh setkan sendiri mengikut citarasa dengan pilihan warna-warna di App Configurator CHROMA dengan tiga effect seperti Static, breathing, dan spektrum.

Baterinya juga 4000 mAh yang menyokong Qualcomm QuickCharge +. Selain itu, phone ini juga mendapatkan kamera belakang dual 12MP + 12MP dan kamera hadapan pula Full HD yang menyokong video record 60FPS.

Tidak lupa juga, Razer Phone 2 hadir dengan dua variasi iaitu mirror dan satin. Harga yang dijual adalah  USD800 (RM3328) dan USD900 (RM3744). Jadi, kepada mereka yang tidak sabar dengan keluaran phone ini, boleh buat pre-order dan nak tahu lebih lanjut boleh pergi website Razer.

 

*Sis nak pinjam satu buah pinggang boleh tak? Rasa nak beli..

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: