Leak Tu Didapati Daripada Website LinkedIn Dan Menunjukkan Leak Kepada Red Dead Redemption 2 Release Ke PC

racun-tech-rdr2
image via: Google

Red Dead Redemption 2 akan ke PC gais! Tapi betul ke ni? So kita pun teruskan dengan konspirasi kali ni iaitu adakah benar yang Red Dead Redemption 2 akan ke PC tak lama lagi? Untuk pengetahuan korang, Red Dead Redemption 2 adalah game open world bertemakan Wild West (cowboy) dan merupakan sequel kepada Red Dead Redemption. 

Kedua-dua game membuahkan hasil yang sangat memberansangkan apabila mendapat sambutan hangat melalui gameplay, open world dan story yang menarik. Red Dead Redemption pulak mendapat lagi banyak sambutan hangat dan mendapat banyak awards termasuk Game Of The Year Award. Tapi baru-baru ni ada leak yang mengisahkan berkenaan dengan release RDR2 ke port PC. Betul ke?

Leak Daripada Pekerja Rockstar Sendiri?

racun-tech-rockstar-linkedin-leak-red-dead-redemption-2
image via: Reddit

Persoalan ni timbul bila kita dapat melihat daripada leak yang dibagi di atas. Dalam leak yang dijumpai oleh para Redditor bongos_mongos, kita dapat melihat account LinkedIn pekerja yang sedang membuat projek RDR2 ke PC tu. Pekerja ni yang daripada Rockstar Leeds, seorang programmer dalam projek RDR2 ni.

Lagi satu adalah seorang bekas pekerja iaitu Nan Ma jugak ada tertulis dia pernah bekerja dalam projek RDR2 (di bawah ni). Nan Ma adalah seorang fizik programmer dalam Rockstar Toronto dan sekarang dia adalah CEO company VR tersendiri iaitu Future Immersive.

racun-tech-nan-ma-linkedin-rockstar-leak-red-dead-redemption-2

So Red Dead Redemption 2 PC Confirmed??

Nan Ma juga adalah salah seorang pekerja (sekarang bekas) di Rockstar Toronto sebagai fizik programmer. Dalam account LinkedIn dia, dia ada tulis RDR2 tapi ada satu version yang belum keluar lagi iaitu PC. So maksudnya adakah game RDR2 version PC masih dalam development? Akhirnya boleh lah kita dapat merasai pengembaraan cowboy dalam versi PC. Tapi apa-apa pun kita jangan lah berharap sangat okay gais?

Tapi yang pasti, bukan sikit lah total saiz game ni. Kalau versi PS4 pun dah boleh amik dalam 149 GB (untuk download secara digital) dan 99GB untuk CD. Untuk Xbox One pulak mengambil sebanyak 107 GB. So Kalau PC berapa banyak agaknya untuk download? Yang pasti game ni sangat-sangat best kecuali ada benda leceh sedikit tapi selain tu memang best! Kita akan tengok betul ke tak release ke PC ni okay gais? So stay safe, keep it classy and ciao~

Sumber: PCGamer, OnlySP, Reddit

See Also: Rockstar Games Dikatakan Ada Banyak Projek In Development, Rockstar Saman Website British Sebab Dedahkan Detail Red Dead Redemption 2, Bully 2 Confirmed??

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: