Pemain mendapati Red Dead Redemption 2 jalan misteri yang membuat kuda terbakar

Seperti yang dilaporkan oleh The Verge, dalam Red Dead Redemption 2 ini terdapat satu jalan yang mempunyai api tapi ia tidak kelihatan. Kawasan jalan tersebut terletak berhampiran di Rhodes.

Apabila objek (kuda dan manusia) dalam game melalui jalan tersebut dan tepijak semasa mengembara, mereka akan mula terbakar. Badan kedua objek dipenuhi dengan api. Bahan api tidak kelihatan yang mana pemain tidak akan nampak dan hanya melaluinya seperti biasa.



Seorang pemain, Haruna Miyazawa, mendapati bahawa jika pemain berkeliaran dekat jalan,mereka akan melihat yang NPC mati berulang kali kerana terbakar, walaupun ia tidak ada apa-apa. Berikut adalah video  yang mana kuda juga terbakar.



Peminat-peminat telah mula upload video mengenai kejadian ini di media sosial untuk dedahkan apa yang ada dalam game ini. Nampaknya pemain perlu berhati-hati kerana di jalan itu tiada hint apa yang akan jadi seterusnya. Kesiannya la asyik terbakar saja bila lalu jalan tersebut. Aigo

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

 


Leave a Comment

Scroll to Top