Red Dead Redemption dah ada ONLINE???



Early access untuk game Red Dead Online (RDO) Beta akan bermula esok pada 27 November. Namun tak semua orang boleh dapat access ke beta RDO Beta ni, hanya individu yang dah beli Red Dead Redemption Ultimate Owner je akan dapat access ke beta RDO sehari awal daripada orang lain. Then, pada keesokkan harinya, sesiapa yang main RDR2 pada hari pelancaran game ni akan diberikan access. Dan paling last sekali pada 30 November 2018, access kepada full beta akan diberikan kepad kesemua pemilik RDR2. Best kan? Sis dah ada RDR2 dah! Tak sabar nak main hihi.

Menurut Rockstar Entertainment dalam pengumumannya, “Pelancaran Red Dead Online Beta ni merupakan satu langkah yang mana akan berkembang berterusan dan kepelbagaian dunia maya, dan melalui tempoh Beta yang dilancarkan ini akan memastikan kami menghadapi pelbagai masalah terhadap semua pengalaman atas talian dalam apa jua saiz dan skala”

Bagi Sis, Red Dead Online ni amat menarik kerana ia “direka untuk hardware PC yang paling latest” dan “menerapkan elemen klasik MMO yang diambil dalam Red Dead Redemption pertama yang telah berjaya mencipta pengalaman paling best terhadap pemainnya”. Dan guys! Lagi satu Rockstar Entertainment ada cakap tau, yang dorang akan pastikan “dalam RDO ini semestinya akan menghasilkan sesuatu yang completely baru dan seronok, and pengalaman yang akan sentiasaa berkembang dan berubah sepanjang masa”.

Tapi kan korang punya misteri waktu Rockstar Enterteainment buat pengumuman, TAKDA langsung dorang sebut pasal gameplay RDO ni nanti camna. Dorang cuma cakap “detail tentang mod, gameplay dan pelbagai lagi akan dikongsi esok”.

Apa yang sedihnya, kita terpaksa la tunggu esok tentang perkembangan RDO dan laporan daripada pemain konsol tentang gameplay game ni guys! Harap-harap lah RDO tak macam GTA Online yang release kepada PC Gamer selepas 1 tahun lebih setelah release kepada console player. Doa yang baik-baik ya!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



1 thought on “Red Dead Redemption dah ada ONLINE???”

Leave a Comment

Scroll to Top