Resident Evil 3 Nemesis “Remastered” Fan-Version Nampak Awesome Dan Cantik!

Kembali Ke Zaman Dikejar Nemesis Dalam Resident Evil 3 Nemesis “Remastered”

Sekarang ini, untuk franchise Resident Evil yang lama telah dibawa ke alam teknologi yang maju. Seperti game seperti Resident Evil 1 yang mendapat Remastered Version dan Resident Evil 2 pula mendapat Remake Version. Tapi apa jadi kepada Resident Evil 3 Nemesis pulak?

So kali ini kita telah menjumpai satu Resident Evil 3 Nemesis “Remastered” tetapi ini bukan yang official punya. Ini kerana ianya dibuat oleh para peminat siri Resident Evil ini. Game ini (versi GameCube punya) telah di buat remastered version dan hasilnya adalah sangat baik. Gambar remastered version itu korang boleh tengok di bawah ini.

Much Wow, So Pretty

racun-tech-resident-evil-3-nemesis-zombie

Nama untuk fan-made remastered version ini adalah RE3SHDP iaitu Resident Evil 3 Seamless HD Project. Seperti gambar yang boleh dilihat, game ini nampak lebih cantik berbanding yang dulu, walaupun fan-made. Tapi kadan-kadang fan-made adalah lebih cantik jugak kan?

Untuk dapatkan game ini, korang perlu ada Dolphin GameCube Emulator sebab game Resident Evil 3 Nemesis kali ini adalah daripada GameCube dan bukan PS1. Selepas dah ada emulator tersebut, korang boleh download game versi HD ini di website fan free project ini.

Tetapi mereka tidak menyediakan .ISO untuk game ini tau so korang perlu mencari ISO itu dengan mudah di Google atau mana-mana browser yang korang pakai. Selepas dah ada .ISO baru korang boleh run game ini dengan menggunakan pack yang telah di download dari website RE3SHDP.

Walaupun pereka pack ini mengaku yang ianya tak sempurna, tetapi ianya masih cantik dan kelihatan lagi cantik berbanding sebelumnya. Jangan lupa merasai kembali dikejar oleh Nemesis gais! Sementara menunggu Capcom memberi kata balas tentang Resident Evil 8 atau Resident Evil 3 Remake, kita main lah dulu ini yang HD punya hehe.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: