Fulamak!! Menurut latest announcement yang dibuat, lepas ni game best Rocket League akan jadi cross platform wehh! Sebelum ni, sesiapa yang pernah main Rocket League mesti tunggu lama nak dapatkan match up dengan player lain kan? Korang pun boleh main antara console lain macam Xbox One, PC, dan Switch sahaja tetapi harini ada update baru keluar iaitu PS4 pun akan join dalam match up tu!!

Sebelum ni bila match up, kalau korang pakai PC maybe korang akan lawan Switch atau Xbox user je tapi update terbaru ni akan gabungkan semua console dalam satu match tau haaa baru best cenggini beb.

Psyonix iaitu developer game Rocket League ni, sedang berusaha untuk membuat cross-platform parties di mana korang boleh buat party dengan pengguna console tau. Lepas ni korang takda lah bosan team sama console je tapi korang boleh buat party dengan pengguna console lain sekali.

Update terbaru ni memang best ah untuk Rocket League sebab sebelum ni tak boleh team atau bermain dengan pengguna console lain. Team cross-platform ni akan ada masa update pertama Rocket League tahun ni nanti so tunggu ye korang yang tak sabar-sabar nak main dengan member korang tu hehe.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: