Rockstar Games Dikatakan Ada Banyak Projek In Development

racun-tech-gta-v

Rockstar Games akhirnya tunjuk hint dengan adanya leak pasal diorang ada banyak projek dalam development?? So seperti yang korang tau atau tak tau, Rockstar Studio adalah game developer famous dengan game yang masuk dan tak masuk akal seperti GTA. Selain daripada GTA diorang jugak buat game seperti Bully dan Red Dead Redemption dan paling latest adalah Red Dead Redemption 2.

Kalau korang nak tau, budget untuk buat game GTA V adalah hampir $240 juta tapi memang kira berbaloi sebab total penjualan yang diorang dapat hasilkan adalah sebanyak $6 billion (padu beb!). Tapi baru-baru ni ada khabar angin yang sebenarnya Rockstar Games tengah ada banyak projek yang berada dalam development.

racun-tech-gta-v-game

Okay so antara yang kita dapat tau adalah ada seorang pemerhati tajam dapat kesan yang ada seorang pekerja berbangsa India di Rockstar Games. Pada resume pekerja ada tertulis sedang berada dalam beberapa projek yang tak diannounced lagi. So apakah yang disembunyikan ni? IP (intellectual property) baru ke? GTA VI yang dinanti-nantikan ke? Ataupun game yang lagi dinanti-nantikan daripada zaman PS2 lagi iaitu Bully II?

Kemungkinan Bully II Dalam Development??

racun-tech-bully-2-rockstar

Seperti yang E-jam pernah cerita dulu, pasal kemungkinan Bully II diconfirmkan betul? So dengan khabar angin menyatakan diorang ada banyak game yang masih belum diumumkan lagi ni macam mana? Adakah diorang akan umumkan pasal semuanya tahun ni atau tahun akan datang?

Tapi yang pasti Rockstar adalah game developer yang bagus dalam membuat game dan tak mungkin diorang akan stop di Red Dead Redemption 2 sahaja. Mana tau diorang akan sambung ke GTA VI seperti mana leak pasal game ni akan kelaur di PS5 ke? Ataupun diorang akan siapan Bully II dan keluarkan? Tunggu sahaja okay gais!

Keep it steady and Wasted~


Sumber: comicbook/wwg

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: