Rockstar Games saman British website sebab dedahkan detail Red Dead Redemption 2??

Laman web British, TrustedReviews telah meminta maaf atas apa yang mereka lakukan iaitu membocorkan Battle Royale mode dan 1st person shooting di page yang dulunya artikel mengenai game ini. TrustedReviews dikenakan saman oleh Rockstar Games dengan jumlah saman sebanyak  £ 1 Juta (RM5.4 Juta) dan wang itu akan disumbangkan ke beberapa tempat kebajikan pilihan Rockstars Games

TrustedReviews, yang dimiliki oleh TI Media (dahulunya Time Inc, UK), adalah laman web teknologi yang menerbitkan tawaran dan reviews. Pada bulan Februari, ia menerbitkan sebuah artikel yang mendedahkan dokumen Rockstar Games, yang menyenaraikan butiran Red Dead Redemption 2 yang akan keluar lapan bulan kemudian. 



Masih tidak jelas apakah TrustedReviews melanggar mana-mana undang-undang British atau Amerika untuk mendapatkan dokumen Rockstar, atau jika Take-Two meneruskan website untuk menerbitkan maklumat yang didedahkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, ia satu perkara luar biasa untuk melihat editorial bebas yang meminta maaf kerana melaporkan maklumat yang bocor, ini biasa berlaku dalam bidang media. Jadi, janganlah memandai-mandai dedahkan rahsia orang sekiranya perkara itu dah diberitahu awal. Tak pasal-pasal kena saman sampai habis duit. Aha!

Apa pun, Rockstar telah memilih 3 tempat untuk disumbangkan duit itu iaitu The American Indian College Fund, American Prairie Reserve dan First Nations Development Institute.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top