RTX 2080 Ti: Nvidia bertukar dari Micron ke Samsung untuk memori GDDR6, betul ke??




Seperti yang kita tahu, Nvidia RTX 2080 Ti mempunyai masalah. Tapi, kad gantian kini menggunakan memori Samsung GDDR6 dan bukan Micron.

Generasi Turing yang baru kini mengalami beberapa gangguan. Harga yang tinggi dan ray tracing pada paras yang rendah dan lain-lain masalah telah berlaku sejak kebelakangan ini. Terutamanya mengenai masalah dengan RTX 2080 Ti Founders Edition, Nvidia sendiri mengakui yang kad grafik itu memang ada masalah. Oleh itu, Nvidia sudah memberhentikan keluaran RTX 2080 Ti.

Macam mana masalah ini boleh datang? RTX 2080 sebagai Founders Edition yang menggunakan reference board seperti beberapa kad yang ber-partner. Memori GDDR6 datang dari Micron yang  dikatakan telah menyebabkan masalah dalam kombinasi dengan cold solder joints dan sambungan skru tidak ketat, seperti ditunjukkan oleh Igor Wallossek. Kini, sebahagian daripada bugs tersebut telah di fix kan oleh Nvidia sendiri.

Seterusnya, masalah yang berlaku juga menunjukkan bahawa memori Micron mungkin yang menyebabkan masalah. Sebab itulah Nvidia kini menukarkan RTX 2080 Ti dengan memori Samsung. Model RTX 2080 dan RTX 2070 sebagai volume model telah ditukar kepada memori Samsung. Sudah tentu Founders Edition atau semuanya dilengkapi memori GDDR6 dari Micron, yang mungkin menyebabkan banyak masalah berlaku. AIBs juga hanya akan terima bundle memori GDDR6 dari Samsung. Mungkin juga ada perubahan lain dan diharap Nvidia dapat selesaikan masalahnya dengan sebaiknya supaya tiada lagi kegagalan selepas ini.


Sumber: PCBUILDERCLUB

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top