Rumah Twitch Streamer Dr Disrespect, Ditembak?!

Semalam, semasa stream di Twitch, Guy “Dr Disrespect” Beahm tiba-tiba bangun dan hilang dari kamera buat seketika. Sekembalinya dia, dia mengatakan yang dia perlu menutup stream dia kerana ada seseorang yang sedang menembak rumah dia. Gulp! Apa yang dah jadi? Siapa yang menembak? Apa yang membuatkan suspek menembak rumah mangsa “Dr Disrespect” ni. Nak tahu dengan lebih lanjut? Korang boleh teruskan bacaan korang.

Streamer popular tersebut, dengan mempunyai karekter hyper-competitive, gamer semi-toxic dan trademarknya, rambut palsu dan juga cermin mata, nampak ketakutan. Di katakan ianya sudah terjadi dua kali! Polis di kawasan perumahan “Dr Disrespect” masih lagi melakukan siasatan, dan sehingga kini, abam belum lagi mendapatkan apa-apa update tentang suspek dan apa motif suspek. Yang penting, kedua keluarga dan “Dr Disrespect” sendiri, semuanya dalam keadaan selamat.

Di bawah, aku sertakan clip Twitch dari stream “Dr Disrespect” semasa kejadian tersebut berlaku:

Weyyy, kalau abam pon, chuak, takde dah nak end stream ke apa, terus call police dan membuat report untuk menjaga keselamatan. Walau bagaimana pun, abam harap, jangan lah di Malaysia berlakunya seperkara sebegini. Okay? Main game dengan aman, buat kawan dan jangan lah bergaduh semasa manusia. Ada, masaslah, setel elok-elok. Abam rasa, ini hanyalah ugutan, tetapi melibatkan perkara apa, yang itu, abam tak tahu, jika ada info lanjut, abam akan update di sini okay?



Leave a Comment

Scroll to Top