Ryzen 3rd Gen: Gunakan Processor 3rd Gen Pada Motherboard AMD Yang Lama!

Ryzen 3rd Gen Boleh Digunakan Di Atas AM4 Motherboard Yang Lama (MOBO)

racun-tech-ryzen-3rd-gen

Dengan keluarnya processor baru oleh AMD iaitu Ryzen 3rd Gen ramai yang berminat untuk memiliki processor ini. Tetapi tahukah anda yang CPU Ryzen 3rd Gen ini tak boleh dipasang kepada motherboard yang lama? Adakah korang sudah membeli processor 3rd Gen ini tapi tak boleh pakai sebab tidak compatible dengan motherboard yang korang pakai? Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya.

Dengan pengeluaran processor baru ini, AMD telah mengekalkan satu feature iaitu compatibility. Maka semua CPU yang baru boleh diguna pakai untuk semua motherboard yang lama termasuk first dan second generation punya motherboard. Jadi jika korang teringin untuk beli CPU baru tanpa motherboard yang baru, boleh sahaja tetapi terpaksa go tanpa PCIe 4.0 (tetapi dikatakan ASUS enable PCIe 4.0 untuk MOBO X470 dan B450). Untuk pengetahuan korang, MOBO X470 ini juga menjadi counterpart untuk MOBO X570. 

Cara Untuk Menggunakan Ryzen 3rd Gen Pada Motherboard AM4 Lama Adalah Dengan Update BIOS Motherboard

racun-tech-ryzen-3rd-gen

So, cara untuk menggunakan processor 3rd Gen ini pada MOBO AM4 adalah korang hanya perlu membuat BIOS update. Selepas update BIOS, kedua-dua B450 dan X470 akan jadi compatible dan boleh digunakan dengan processor 3rd Gen. Untuk X370 dan B350 pula, buat masa ini ada BIOS version beta, tetapi masih berkesan dan korang boleh update untuk menggunakan processor padu ini. Gambar menunjukkan motherboard yang sesuai dan boleh digunakan dengan semua generation processor.

Lepas ini korang jangan risau, korang boleh main game dengan padu dengan menggunakan processor Ryzen 3rd Gen ini dan menggunakan motherboard AMD yang lama. Maka korang tak perlu membeli motherboard yang terkini seperti X570 untuk menggunakan processor Ryzen 3rd Gen ini tetapi malangnya korang hanya boleh boot tanpa penggunaan PCIe 4.0 yang ada pada processor 3rd Gen ini, yang boleh double bandwidth iaitu lebih laju prosesnya berjalan.

AMD Meminjamkan Boot Kit Untuk BIOS Update

racun-tech-ryzen-3rd-gen-boot-kit

Selain daripada jalan penyelesaian tadi, AMD jugak akan membantu korang, sama seperti bila 1st Gen tukar kepada 2nd Gen processor. Company AMD akan menghantar “Boot Kit” kepada pemilik Ryzen 3000 tetapi jika tidak ada, maka diorang tak boleh hantar untuk membuat BIOS update. Sebabnya, boleh dipercayai yang berkemungkinan motherboard bersama BIOS yang dah “outdated” telah dibeli atau processor Ryzen 2000 yang dibeli telah rosak. 

Dalam Boot Kit tersebut, mempunyai AMD Athlon 200GE, yang akan digunakan untuk update dan akan dibayar oleh AMD untuk shipping, tetapi ada syaratnya. Syaratnya, korang kena mengesahkan dengan mengambil gambar processor (Ryzen 3000) dan motherboard yang korang ada. Tambahan, korang kena selesaikan masalah melalui pengilang motherboard tersebut. Selepas sudah selesai kedua-dua ini, baru lah AMD akan menghantar Boot Kit tersebut untuk Ryzen 3000. Boot Kit ini harus dipulangkan balik dalam masa 30 hari selepas menerima pakejnya dan AMD jugak akan bayar untuk shipping pemulangan pakej ini.

Tetapi malangnya kita masih tak dapat informasi mengenai Boot Kit ini di Malaysia so bawak bertenang gais. Jalan penyelesaian yang ada adalah update BIOS sendiri untuk menggunakan processor Ryzen 3rd Gen tersebut. Game on!

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: