Samsung Galaxy Fold Sehari Pakai Dah Rosak!?



Samsung Galaxy Fold Sehari Pakai Dah Rosak!?

Racun-Tech-galaxy-fold

 

Serious lah sehari pakai je boleh rosak dah Samsung Galaxy Fold ni?? Okay gais so kali ni E-jam nak ceritakan dekat korang pasal satu produk keluaran baru Samsung iaitu Samsung Galaxy Fold. Seperti namanya berbunyi, phone ni memang boleh dilipatkan menjadi satu screen yang mampat seperti smartphone biasa. Vice versa (maksudnya terbalik) pulak, bila bukak lipatan jadi lah kira macam tab dah besar phone ni. Ni kira feature yang nice tapi seperti mana technology baru zaman sekarang atau dulu, mesti ada baik buruknya.

Sejak keluarnya phone terbaru ni, ramai orang teruja dengan concept melipat phone korang dan senang dibawa. Tapi selepas beberapa orang buat review, ramai pulak yang berkata “tak sesuai idea ni untuk diletakkan kepada smartphone”. Nak tau tak sebab apa orang cakap macam tu? Selepas ramai dah review dan cuba pakai phone tu, ramai jugak yang report kerosakan pada phone Samsung Galaxy Fold diorang tu.

Punca Phone Ni Rosak

Benda ni terjadi sebab diorang selalu cuba lipat phone tu dan kelihatan ada macam bonjol di tengah-tengah screen. Selain tu bila melipat phone berharga RM8099, screen tu boleh jadi macam “glitch” atau memang blank terus. So punca kepada screen rosak ni adalah sebab sepatutnya pengguna tak patut bukak screen protective layer yang nampak macam screen protector di atas screen. Benda ni lah yang membolehkan korang lipat phone ni tanpa masalah (sepatutnya).

Disebabkan ramai orang yang sangka benda ni hanyalah screen protector, so diorang pun bukak and bila lipat tu lah jadinya rosak tu. Tapi diorang pelik lah kenapa ada sesetengah phone ada tulis jangan alihkan protective layer dan ada sesetengah yang takda. Tapi apakan daya, banyak jugak phone dah rosak disebabkan terbukak protective layer tu kan?

racun-tech-samsung-galaxy-fold-screen-layer

 

So gais kalau korang nak beli phone Samsung Galaxy Fold ni nanti bila dah keluar pada 26 April, make sure JANGAN bukak protective layer tu. Kalau warranty ada takpe lah selamat lagi tapi tu lah berjaga-jaga lah okay? Phone harga buah pinggang ni huhu. Apa-apa pun stay safe dan bijak menggunanya tau gais!

Keep it steady dan and ciao~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: