Sekiro mod membolehkan player lawan boss sahaja dan tak ikut turutan! Awesome!

Main Sekiro seperti main game Shadow of Colossus 

racun-tech-sekiro-shadow-die

Adakah bagi korang, minion dalam game Sekiro ini membuatkan perjalanan korang susah? Ataupun dah clear game ini tapi malas nak menghadap minion yang suka mengacau? Tidak mengapa, dengan adanya mod Boss Rush, korang hanya perlu lawan dengan semua boss sahaja tanpa adanya minion dalam dunia Sekiro: Shadow Die Twice. Korang jugak tak perlu risau untuk berfikir nak lawan secara turutan sebab mod ini membolehkan korang lawan mengikut kemahuan korang.

Kegunaan mod ini disyorkan bagi mereka yang sebenarnya dah biasa dengan game ini. Dengan mod ini, korang tak perlu berjalan jauh, lawan minion sana-sini dan sebagainya semata-mata untuk mengalahkan boss yang ada.

Cara menggunakan dan kesan mod ini

racun-tech-sekiro-shadow-die-twice

Selepas install mod ini, korang hanya perlu pilih di antara 12 boss yang ingin korang kalahkan dalam senarai, dan gunakan Sculptor’s Idol di Dilapidated Temple untuk warp terus ke arena boss itu. Tapi korang kena bersedia awal, sebab korang akan terus lawan boss itu tanpa sebarang warning. Modder Thefifthmatt berkata yang boss itu akan diklasifikasikan sebagai enemy yang akan memberikan korang memory selepas dikalahkan, maka tiada Great Serpent atau Chained Ogre.

Sebagai tambahan, mengalahkan boss untuk kali yang pertama akan memberikan korang coin purse mengandungi 1000 sen yang boleh digunakan di shop untuk beli items, dan jugak dapat XP setiap kali mengalahkan boss. Dalam mod ni jugak tiada NPC untuk Sekiro, so untuk upgrade, boleh dibuat di dalam temple. Mod ini jugak menambah beberapa kemudahan seperti:

  • Skip segmen Ashina Reservoir tutorial
  • Item pickups dan drops tak akan memberhentikan game
  • Tiada popup tutorial in-game
  • Tiada cutscene pada kematian pertama
  • Tiada slow-walk areas
  • Bertukar gourd seeds dan prayer necklaces serentak
  • Sold out items akan dibuang daripada kedai 

Mod ini boleh didapati di Nexus Mods, disekalikan dengan instructions untuk macam mana cara install mod ini ke game Sekiro.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: