racun-tech-sekiro-sen-throw

Korang tau kan pay to win bukan lah cara untuk kalahkan sesuatu game? Tapi dalam dunia Sekiro, pay to win ni membawa maksud yang lain secara keseluruhan! Perkenalkan Youtuber Tyrannicon, seorang youtuber yang selalu memberikan guides dan content yang menarik dalam Youtube dia. Tapi baru-baru ni dia mencuba sesuatu baru dalam game Sekiro: Shadows Die Twice yang tak pernah orang cuba lagi. Cara itu adalah Sen Throw, yang membazirkan duit korang tu.

Sen Throw, Senjata Effective Kalahkan Boss Dalam Sekiro

Yes, sesuatu baru tu adalah cuba mengalahkan boss dengan penggunaan teknik Sen Throw. Macam yang korang boleh tengok di atas, Tyrannicon hanya berlawan dengan boss menggunakan teknik parry dan Sen Throw untuk kalahkan boss. Peraturan kali ni adalah hanya boleh menggunakan Sen Throw dan Deathblow. Cara macam ni sangat-sangat susah untuk turunkan nyawa tapi senang untuk mendapatkan death blow tu. Bukan tu jer, korang jugak akan membazirkan duit korang dalam jumlah yang banyak lah untuk menggunakan teknik ni.

Dalam salah satu boss (Genichiro), dia sampai terpaksa pakai sehingga 1255 sen hanya untuk mendapatkan death blow tu. Ada jugak boss yang susah seperti Armored Warrior. Lawan Armored Warrior memang takleh kurangkan nyawa dia tapi melalui penggunaan death blow jer yang boleh lepas tu jatuhkan dia ke bawah sahaja. Tapi overall memang best tengok lawan cara ni, sebab cara ni lah yang betul dipanggil “pay to win” bukan?

Tapi video-video ni tak habis lagi, dalam video dia tu latest adalah 5, dan itu sekali dengan mini boss. So dia masih lagi ada dalam 28 (termasuk mini boss). Dia jugak masih banyak yang perlu dikira berapa duit dipakai untuk kalahkan boss. So mesti ada lagi pengembaraan untuk kalahkan boss pakai Sen Throw, so stay tuned untuk apa-apa perkembangan daripada Tyrannicon ni. Yang pasti korang boleh lah ikut langkah dia kalahkan boss pakai Sen Throw sahaja dan berbangga dengan kawan-kawan korang hahaha. So, keep it classy, jangan lupa cuba cara ni dan ciao~

Sumber: Polygon

See Also: Shrek Pulak Masuk Sekiro?, Thomas The Tank Engine Masuk Sekiro?, Ambush Sekiro Paling Giler, Sekiro Habis Dalam Masa Sejam

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: