SKMM mahu bermesyuarat dengan TM minggu depan untuk berbincang Isu Streamyx dan lain




Gobind Singh, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengucapkan terima kasih di Twitternya kepada syarikat TM kerana memberikan respon yang berkaitan dengan isu jalur lebar di Malaysia dan komitmen dalam memperbaiki perkhidmatannya.

Beliau juga memberitahu yang beliau ingin mengadakan mesyuarat bersama dengan syarikat TM untuk membincangkan isu aduan jalur lebar dan meningkatkan usaha dalam memperbaikinya pada minggu hadapan.

Sebelum ini, TM telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai jawapan kepada SKMM yang mana mereka sentiasa terbuka untuk berbincang dengan kerajan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul oleh pengguna Streamyx yang terlibat dalam had rangkaian tembaga.

Untuk pengetahuan korang, had laju maksimum rangkaian tembaga ialah 8 Mbps. TM menyedari bahawa mereka memerlukan penyelesaian secepanya untuk selesaikan masalah ini dalam jangka panjang tapi itu semua memerlukan masa dan wang untuk melaksanakannya. TM sedang berusaha untuk mempercepatkan perbincangan ini spaya isu Streamyx dapat diselesaikan dengan secepatnya.

Ramai yang membuat aduan sebelum ini mengenai kenaikan harga perkhidmatan yang berganda dari pengguna Unifi. Harapnya, dengan pembaikan yang terbaru, harga kembali berpatutan dan tidak membuatkan pengguna marah lagi.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.








[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: