Solo Mode Apex Legends dalam masa yang terhad, no more random teammates!

Iron Crown Collection Event ini player boleh bermain secara solo dalam Solo Mode! 

racun-tech-apex-legends-solo-mode

Akhirnya kita bakal dapat Solo Mode dalam Apex Legends?? Apex Legends ini sangat terkenal dengan keunikannya dalam genre Battle Royale seperti feature menggunakan ability, respawn balik ke dalam map dan sebagainya. Tetapi apa yang orang sangat-sangat inginkan dalam genre Battle Royale ini adalah Solo Mode. Kenapa begitu?

Pernahkah korang dengar “Toxic” atau “Cancer” sejak bermain game online ini? Kedua-dua perkataan itu bermaksud seorang gamer dalam team itu suka mencarut dan maki hamun, ataupun bermain dengan sangat teruk sehingga team kalah disebabkan orang itu.

Maka orang pun mesti inginkan game Battle Royale yang ada feature Solo Mode ini. Seperti PUBG dan Fortnite, orang ramai kini inginkan Solo Mode dalam game Battle Royale oleh Respawn Entertainment ini.

Dengan Iron Crown Collection Event ini, nampaknya para hardcore gamer boleh menunjukkan skill dalam solo mode dalam event ini! 

Limited Time event! Main cepat dan sepuasnya!

Dalam video itu, kita dapat tengok Legends yang dapat kita kenali seperti Bloodhound dan Bangalore. Tetapi dalam video itu ahli pasukan dia hilang tanda bermaksud yang akan adanya Solo Mode nanti ke dalam Apex Legends ini.

Dalam trailer itu jugak ada mention yang mode ini hanyalah masa terhad, mungkin bermakna yang event ini akan dijalankan sepanjang event Iron Crown Collection ini berlangsung.

Tetapi kalau katakan lah, mode ini sangat popular dan dapat menarik ramai perhatian gamers untuk bermain game ini, mungkin mode ini akan dibawa balik ke dalam oleh Respawn? Mungkin sahaja ye gais bukan pasti lagi.

So selain itu, macam biasa, kita dapat menjangka ketibaan cosmetics baru oleh Respawn akan masuk dalam game ini sempena event itu. Adakah korang teruja dengan mode ini? Jangan lupa untuk main Apex Legends bila mode itu sudah keluar! Event Iron Crown Collection ini akan berlangsung dari 13 August sehingga 27 August. Apex Legends adalah game daripada Respawn Entertainment dan boleh didapati di PC, PS4, dan Xbox One.

See Also: Capcom memilih beberapa fans untuk menguji Resident Evil baru!, Unifi memberikan #khabarbaik dengan mengumumkan unifi Air, unifi Lite dan myunifi APP!, NZXT mengumumkan ketibaan H Series dan H510 baru!, Apex Legends streamer banned sebab dapat tembakan nasib, Moderator terpedaya, Ninja kena hack di Instagram!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: