Sonic Producer Tim Miller Komen Mengenai Sonic Redesign Dengan “Peminat Akan Gembira”. Interesting…

Pengarah Deadpool, Tim Miller Yakin Peminat Akan Gembira

Movie live-action Sonic The Hedgehog yang sepatutnya dikeluarkan pada 8 November tahun ini, telah ditangguhkan kepada 14 February 2020. Sebab kepada penangguhan filem ini adalah kerana ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan trailer yang dikeluarkan pada awal tahun ini. Puncanya adalah design atau rekaan pada landak biru cerita ini, yang membuatkan ramai terkejut dan terus menjadi viral di setiap pelusuk media sosial.

Director cerita ini, Jeff Fowler, terus meminta maaf dan membuat pengumuman bahawa cerita ini ditangguhkan ke tahun depan bagi memberi laluan kepada team produksi untuk membetulkan kesalahan mereka dalam rekaan Sonic. Sejak itu, team produksi dan director Jeff Fowler sendiri sudah berdiam diri sehingga kini. Tetapi baru-baru ini kita dapat satu komen daripada penerbit cerita ini iaitu Tim Miller. 

Komen Oleh Director Deadpool

racun-tech-sonic-redesign-tim-miller

Tim Miller, adalah director bagi cerita Deadpool dan untuk movie Sonic ini, dia telah jadi sebagai penerbit cerita ini. Komen oleh director/penerbit ini adalah “Peminat akan gembira”. Selepas melihat rekaan semula Sonic yang dibuat oleh team produksi, Tim Miller berpuas hati dan komen sedemikian apabila di temu ramah. Dia juga berkata yang dia dan Jeff Fowler telah mengambil langkah seterusnya apabila melihat ramai yang tak berpuas hati dengan rekaan Sonic pada trailer yang dikeluarkan itu.

“Macam ini, saya berjiwa satu dengan peminat, begitu juga dengan Jeff,” kata Miller. “Bila trailer itu dikeluarkan, saya pergi ke sana dan berkata ‘benda penting yang perlu dibuat adalah berkata ‘saya buat salah’. Tapi dia (Jeff) telah membuat tweet sebelum saya sampai ke sana. Dia adalah orang yang baik. Itu adalah langkah yang betul untuk mengendalikan masalah ini. Peminat ada hak untuk bersuara juga. Ada cara yang betul untuk mendegar” kata oleh Jeff.

Pengumuman Baru Sonic? Release Date?

Buat masa sekarang tiada sebarang berita atau leak mengenai rekaan baru Sonic ini. Tapi yang pasti filem ini akan keluar pada 14 February 2020 menerusi pengumuman oleh Jeff Fowler. Sonic The Hedgehog merupakan sebuah adapatasi daripada game Sonic The Hedgehog dan Sonic disuarakan oleh Ben Schwartz, Jim Carrey membintangi sebagai Dr. Robotnik dan James Marsden sebagai Tom Wachowski, kawan baru dan baik kepada Sonic.

So korang rasa macam mana rekaan baru ini nanti? Adakah tepat seperti sebelum ini atau nampak lebih bagus dan lain daripada sebelum ini?

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: