Okay guys, nampaknya Sony memang dah confirmkan kewujudan PS5 ni. Yes! CEO Sony Kenichiro Yoshida berkata “Ianya perlu untuk membuat next-generation hardware”. Selain itu, ada khabar mengatakan design baru untuk PS5 mungkin tak jauh beza dengan PS4.

So, itu lah, satu kenyataan yang memastikan adanya console next-generation baru yang mungkin tengah dalam production di syarikat Sony. Kemungkinan reveal untuk console baru nanti akan ada pada tahun depan dan juga reveal benda lain selepas reveal tentang console baru tu. Tapi mungkin ada reveal awal lagi yang mungkin keluar tahun ni? Hehe

Well, samada tahun depan, dua tahun depan atau seterusnya akan ada pengumuman pasal PS5 ni. Tapi bro harap awal lah, sebab bro tak sabar ni hahaha. Yang pasti, PS5 ni akan menjadi realiti bila tiba masanya dan player-player boleh beli dan main PS5 ni. Buat masa sekarang, Sony tengah fokus dalam marketing PS4 dengan game exclusive yang belum keluar seperti Death Stranding, The Last Of Us Part 2, dan Days Gone. Game-game exclusive yang disebut tadi mendapat attention ramai gamer di luar sana dan mesti mendapat sambutan hangat bila dah di release nanti.

Apa spec yang akan dipakai untuk PS5 nanti? Buat masa sekarang tiada sebarang apa-apa info pun dikeluarkan tentang PS5 ni tapi kalau sekarang pon PS4 sengit dengan Xbox One, mungkin PS5 akan cuba mengalahkan Xbox One dengan spec yang lebih tinggi lagi? Kita tak tau macam mana tapi mengharapkan perfomance yang sangat baik lah nanti. Tapi ingat guys, walaupun tak banyak yang kita tau pasal PS5 ni, yang pasti Sony dah confirmkan kewujudan next-generation console ni so tunggu yeee~

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




  • author image
    Ajwad Reply
    Jan 21, 2019 @ 20:14 pm

    Nak join racuntech. Racuntech is the best

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: