Soulja Boy Tak Serik Lagi Dengan Console Ciplaknya SouljaGame Handheld



Sebelum ni, konsol Soulja Boy telah ditarik balik selepas disaman oleh Nintendo, sekarang Soulja Boy tak serik lagi dengan mengeluarkan konsol terbaru dia iaitu SouljaGame Handheld pulak. Seperti gambar dia atas, yes, SouljaGame Handheld ni adalah rip-off daripada PS Vita keluaran Sony Playstation.

Konsol terbaru Soulja Boy ni dikenali sebagai SouljGame Handheld yang merupakan terang lagi bersuluh memang rip-off daripada PS Vita. SouljaGame Handheld ni mempunyai spec 4.3 inch display dan 16:9 aspect ratio yang boleh fit untuk outputting 480×272 resolution. Yang kelakarnya product ni disebut sebagai “ketukangan yang indah dan berfesyen” hahaha.

Untuk sesiapa yang “berminat” ni lah full spec konsol ni: Built in camera for photo shooting and video recording, support TV output, boleh connect TV untuk main games dan tengok movies, support PC Camera, connect kepada computer, boleh guna sebagai computer camera, 4.3 inch 16:9 HD screen, 480 x 272 resolution, multi thread task mode, boleh dengar music sambil baca e-book. Color: Blue/ Black/ Red/ White, size: 9.3 X 72 X 126mm, material plastik, resolution: 480×272, screen size: 4.3inch, 8GB memori. Setakat ni takda info tentang game apa jer boleh main dalam konsol ni tetapi dikatan tak banyak dan tak original.

Sekarang ni ramai tengah tunggu Soulja Boy dan SouljaGame Handheld dia ni kene saman dengan Sony sebab produk yang merupakan rip-off kepada PS Vita keluaran diorang tu. So kepada korang yang rasa-rasa “berminat” lah kan nak beli tu pergi lah beli okay and support Soulja Boy ni okayyy hahahaha.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: