Square Enix akan keluarkan Marvel’s Avengers official demo footage lewat August

Demo footage itu akan dikeluarkan minggu depan selepas habisnya event Gamescom

racun-tech-square-enix-marvel-avengers

Sejak keluar dan didedahkan trailer dan pengumuman pasal game Marvel’s Avengers, hasil oleh Square Enix, Crystal Dynamics dan Marvel, ramai yang tertanya mengenai game ini. Ramai juga yang berkata yang design pada character game ini sangat lain berbanding MCU (Marvel Cinematic Universe) punya pelakon. Menolak tepi design character, baru-baru ini di SDCC 2019, telah bocor satu footage gameplay game ini (walaupun ianya curi tengok) dan ianya menunjukkan Thor melawan musuh yang ada dalam game itu.

Tarikh demo footage Square Enix Marvel’s Avengers

Semasa live tweeting di panel SDCC 2019 itu, account Twitter Marvel’s Avengers akhirnya mengkongsikan tarikh untuk bila berlangsungnya pertunjukkan demo footage yang akan dilangsungkan seminggu selepas Gamescom 2019.

Gamescom 2019 pula akan berlangsung pada 20-24 August, maka tarikh yang mungkin dijanjikan untuk demo footage adalah di antara 26 August-1 September. Ada lagi sebulan untuk banyak pembaharuan boleh dibuat oleh pihak developer Crystal Dynamics kepada game ini. 

Publisher Square Enix telah menunjukkan perasaan takut yang besar untuk Avengers demo itu, mungkin disebabkan sambutan resepsi game ini pada E3 yang tidak hangat dan mempunyai komen yang banyak negatif.

Game Square Enix Marvel’s Avengers telah ditetapkan untuk release pada 15 May 2020, untuk platform PS4, Xbox One, PC dan Google Stadia.

Sumber: PCGamer, Game Informer

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: