Star Wars Jedi: Fallen Order, Detail Dan Poster Reveal

Star-Wars-Racun-Tech

Siapa tau pasal Star Wars? Seperti mana yang korang tau, Respawn Entertainment, yang buat game famous seperti Titanfall series dan jugak spin off battle royale iaitu Apex Legends, tengah buat game Star Wars untuk EA yang bertajukkan Star Wars Jedi: Fallen Order. Tapi baru-baru ni dah ada reveal sedikit yang dimulakan seminggu awal.

Leak dan Reveal Gameplay

Bukan tu jer, tapi ada leak yang dikeluarkan di Reddit dan kali ni leak atau reveal pasal game ni adalah gameplay nya dan story serba sedikit. So menurut sumber daripada Reddit tu, katanya kali ni game ni mengutamakan kepada combat lightsaber. Seperti mana yang korang tau, game-game Star Wars sebelum-sebelum ni penggunaan combat lightsaber ni tak terlalu praktikal, hanya slash dan cucuk dan sebagainya. Tapi kali ni Respawn Entertainment mengutamakan gameplay game ni  dengan memfokuskan kepada korang sebagai Jedi.

Racun-Tech-Star-Wars

Dalam dunia Star Wars, korang selalu kan tengok Jedi deflect laser pakai lightsaber diorang? Dalam game ni, korang boleh lah katakan agak-agak sama macam Dark Souls dan mengutamakan parry macam Sekiro: Shadows Die Twice. So, tu kira nice lah feature baru diimplementasikan dalam game Star Wars yang baru ni.

Menurut leak reveal tu jugak game ni adalah semi open world dan jugak linear macam tu tapi korang boleh explore dan pergi ke planet lain. Game ni jugak diconfirmkan storynya adalah canon so cerita Star Wars sebelum-sebelum ni akan memainkan peranan dalam story game ni. Jedi: Fallen Order ni dibuat dengan engine Unreal Engine 4 dan merupakan single player only so takda online okay gais?

Racun-Tech-Star-Wars-Poster

Leak Story Dan Poster

Untuk story pulak, yang diketahui adalah korang akan menjadi pre-made protagonist, seorang lelaki Jedi Padawan yang terlepas daripada Order 66. Dalam poster yang dikeluarkan (yang dikatakan official) menunjukkan protagonist tu bersama backpack androidnya dan ada satu kapal yang terhempas (mungkin menunjukkan korang mulakan game ni dengan crash di satu planet yang di luar carta).

Tapi leak dan reveal ni semua masih tak diconfirmkan lagi oleh EA dan Respawn, dan mana-mana news website pun takda buat sebarang article yang menunjukkan ni adalah official so kita tak boleh lah percaya sangat. Apa yang pasti game ni akan keluar untuk PS4, Xbox One, dan PC. EA jugak akan reveal game ni secara livestream pada 14 April sempena Star Wars Celebration di account Twitch EA Star Wars so jangan lupa untuk tengok ye gais?

Keep it cool and may the force be with you~


Sumber: comicbook/wwg

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: