Pemotongan Anggota Badan Dalam Game Star Wars Jedi: Fallen Order Tidak Wujud

Jika korang ingin melihat watak utama iaitu Cal Kestis memotong bahagian-bahagian badan askar Imperial, nampaknya korang akan kecewa disebabkan keputusan yang Respawn Entertainment terpaksa buat. Sebenarnya ianya lebih kepada keputusan yang diberikan oleh Disney kepada Respawn Entertainment dan Respawn ingin memuaskan pihak Disney. 

Dalam game terbaru Respawn Entertainment, Star Wars Jedi: Fallen Order, telah ditunjukkan gameplay pada 8 Jun, beberapa hari sebelum berlangsungnya event E3 iaitu pada 11 Jun. Dalam video gameplay dikeluarkan oleh EA Star Wars, jika korang perasan, tiada sebarang pemotongan bahagian-bahagian badan yang dilakukan ke atas askar Imperial. Walaupun tak boleh ke atas manusia, tapi korang boleh buat aktiviti ganas tu ke atas enemy yang bukan manusia contohnya seperti labah-labah, droids dan apa-apa yang bukan manusia.

Sebab Kepada Keputusan Ini

racun-tech-nani-star-wars-jedi-fallen-order

Seperti yang korang boleh agak, ni adalah keputusan oleh Disney atas sebab tertentu (ehem kanak-kanak juga bermain game ehem). Sebab yang sebenar tidak diketahui tapi kemungkinan besar sebab untuk menjaga imej sebagai pengeluar produk yang mesra alam dengan pengguna seperti kanak-kanak mungkin? Tapi apakan daya, sejak EA dah memiliki Respawn Entertainment, dan EA pulak menjadi partner dan sangat menjaga hubungan dengan Disney, diorang terpaksa mengikut kata-kata oleh pihak atasan.

Walaupun telah censor, tetapi peminat masih berharap yang violence seperti pemotongan anggota badan itu kekal sebab ianya membawa rasa “realism” terhadap sesuatu game, lagi-lagi game sci-fi yang menggunakan lightsaber seperti Star Wars. So kalau korang rasa nak buat pemotongan anggota badan, maka korang terpaska buat dekat benda lain yang bukan manusia. 

Star Wars Jedi: Fallen Order akan dilancarkan untuk PS4, Xbox One dan PC pada 15 November 2019 nanti. 

Sumber: comicbook/wwg

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: