Studio Metronomik Keluar Game Pertama: No Straight Road

Korang pernah dengar Studio Metronomik? Metronomik adalah sebuah studio gaming berasaskan di Malaysia dan founder dan co-founder nya adalah orang yang sangat terkenal dalam video game making.

Memperkenalkan Wan Hazmer, salah seorang lead game designer dari company Square Enix untuk game Final Fantasy dan saudaranya Daim Dziauddin, salah seorang concept artist untuk game Street Fighter. Diorang dah berhenti daripada syarikat masing-masing dan kini diorang dah tubuhkan studio gaming diorang sendiri di Malaysia pada December 2017 yang bernama Metronomik. Bukan tu je tapi dah buat satu game baru yang bernama No Straight Roads.

Story dan Gameplay

Game ni set di bandar Vinyl City (fun fact: vinyl adalah piring hitam yang dimainkan di phonograph lama tu) yang di mana NSR (No Straight Roads dah mengambil alih semua kelab di bandar dan hanya membenarkan music EDM (Eletronic Dance Music) untuk dimainkan dan takda music genre lain.

Dalam game ni korang main sebagai Zuke dan Mayday, ahli indie band Bunk Bed Junction dalam satu perjalanan untuk mengalahkan NSR dan mengambil alih bandar Vinyl City di samping korang akan lawan minion jahat dan boss-boss iaitu DJ artist music EDM yang besar-besar.

Apa yang menariknya pasal game ni, game ni bergenre RPG Music Themed yang di mana korang akan bermain game ni sambil melawan enemy dengan mengikut rentak music. Music tu sendiri adalah senjata korang. Game ni jugak dah dapat Best Audio award dalam Indie Game Award di Taipei Game Show 2019. Wan Hazmer, CEO Metronomik sendiri berkata yang music tu sendiri adalah kuasa. Dalam game tu bila korang main, music akan berubah daripada Rock dan EDM dan sebaliknya. Dengan music jugak korang boleh mengubah objek menjadi senjata.

Music dalam game ni sangat menarik disebabkan oleh Falk, yang dah bekerja untuk membuat music untuk game Final Fantasy dan Kingdom Hearts, James Landino buat music untuk Sonic Mafia Fame dan Andy Tunstall, tak lupa jugak sound design daripada Gwen, Sharon dan Jeremy! Ramai yang kata art game ni sangat menarik dan ianya berterima kasih kepada concept artis iaitu Ellie Yong, dan yang membawa art tu kepada dunia 3D iaitu Jarold yang pernah jadi Art Director untuk projek Gears of Wars.

Poster Final Fantasy 7

Okay, disebabkan Wan Hazmer adalah bekas pekerja di Square Enix, dia ada request something daripada Ellie Yong. Sempena anniversary ke-22 Square Enix, Wan Hazmer mempersembahkan art yang menggunakan direct reference kepada cover art Final Fantasy 7, salah satu game favourite Wan Hazmer.

So gais? Apa macam? Malaysia boleh punya lah buat game yang target kepada international. Kudos kepada Studio Metronomik sebab dapat membuat game yang boleh bawa jauh dan dah ditunjukkan demo di PAX East jugak. Kalau korang nak tengok progress dan behind the scene boleh tengok di website Metronomik ni. Keep up the good work! E-jam harap studio game lain di Malaysia pun boleh continue untuk mendapat nama sehingga ke luar negara. Game No Straight Roads dikatakan di release untuk PS4 dan Steam tapi tak diberitahu bila so tunggu okay gais!

Keep it cool and selamat tinggal~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: