Super Smash Bros. Ultimate: Izuku Midoriya (Deku) Join Super Smash Bros.!

Super Smash Bros. Ultimate Ada Character Baru!

racun-tech-super-smash-bros.-ultimate

Awal tahun ini, Nintendo telah memasukkan Joker iaitu protagonist Persona 5 masuk dalam Super Smash Bros. Ultimate. Pada musim panas ini pulak akan dimasukkan pula protagonist Dragon Quest XI iaitu The Hero. Dan baru-baru ini pada E3 2019 pula dikeluarkan trailer untuk Banjo-Kazooie dan dikatakan dikeluarkan dalam Super Smash Bros. Ultimate pada musim luruh nanti. Selepas itu pula tidak diketahui character mana pula akan masuk dalam senarai Super Smash Bros. Ultimate ini.

Dikatakan tinggal 2 lagi slot untuk DLC, yang di mana ramai mengatakan untuk character seperti Waluigi, Shantae, Doom Slayer dan ramai lagi yang berkemungkinan untuk masuk dalam Super Smash Bros. Ultimate ini nanti.

Tapi yang pasti, Nintendo akan membuatkan semua orang hype dan tak sabar untuk main game ini dengan character baru nanti. Tetapi diorang mesti tak sangka yang peminat siri game ini yang akan masukkan character baru dahulu.

Character Itu Adalah Izuku Midoriya (Deku)! Tetapi..

Perkenalkan Izuku Midoriya atau nama heronya Deku, hero daripada siri anime Boku No Hero Academia! Tetapi, dia bukan Deku yang sebenar. Kenapa begitu?  Jawapannya adalah terletak kepada mod yang telah dibuat oleh DemonSlayerx8. Dia telah buat mod Deku dan menggantikan Little Mac dengan skin Deku. Pergerakan dan cara lawan pun tidak bertukar, hanya rupa luaran sahaja yang mempunyai rupa Deku.

Tetapi pada pendapat sendiri, rupa Deku dan gaya lawan Little Mac ada persamaannya sebab dalam siri anime tersebut, Deku kebanyakan menggunakan tangan untuk lawan (antara moveset terkenal: Detroit Smash!). 

Super Smash Bros. Ultimate kini available di Nintendo Switch. Jika korang inginkan game lawan-lawan yang sangat competitive diiringi dengan keseronokan, game ini lah jawabnya. 

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: