Tarikh Pelancaran The Last Remnant Remastered Diumumkan!!!

Wehhhh~ Baru-baru ni, kalau tak silap abam, game Turn Based RPG yang bagi abam best gila tetapi Underrated, The Last Remnant, telah di ‘Unlisted’ di dalam Steam. Rupa-rupanya, diorang buat ‘Comeback’ dengan develop The Last Remnant Remastered!!! Ianya telah dipastikan sendiri oleh Square Enix, semasa Tokyo Game Show 2018 dan ianya merupakan sempena sambutan ke 10 tahun untuk game tersebut. Wah, sedar tak sedar, rupanya game ni sudah berusia 10 tahun. Untuk info lebih lanjut, korang boleh teruskan bacaan korang.