Harvest Moon

Game Lama Yang Abam Nak Sangat Di Remake Untuk PlayStation!

Hai korang, so, dah lama sebenarnya abam tak bercerita dan sampaikan berita-berita untuk korang pembaca setia website RacunTech ni. Biasalah ada kekangan masa sedikit. Untuk hari ni, abam tak nak la cerita tentang berita semasa yang berlaku dalam dunia gaming dan juga tech. Yang itu, kawan abam akan sampaikan. Cuma, hari ini, abam nak bersembang sikit dengan korang akan game-game yang lama, dari zaman kecik korang yang korang rasa patut di lakukan remake.  Untuk artikel kali ini, ianya berlandaskan dari Resident Evil 2 Remake sebenarnya, sebab abam tengok, selepas Capcom remake game Resident Evil 2 tu, fuhh, it’s a big hit dalam industri gaming lagi-lagi untuk Capcom yang berjaya mengembalikan nostalgia para gamers semasa zaman PlayStation 1 dulu. Artikel kali ini merupakan pandangan abam dan juga game yang abam nak sangat sangat sangat di remake. Haaa, tak perlu nak berceloteh panjang, jom kita tengok game apa yang abam nak di remake (kalau boleh la ye) dan untuk kali ini, abam buat untuk versi PlayStation je lah.

Dulu Harvest Moon, Sekarang Little Dragons Café Pulak ke PC!

Abam boleh tahu, mesti ramai pembaca dan juga pengikut Racuntech pernah main game Harvest Moon kan? Abam tak kisah Harvest Moon yang mana, PlayStation 1 ke, Gameboy ke, yang pasti, abam nak tanya satu soalan, pernah main ke tak? Little Dragons Café, merupakan game yang dibuat oleh pencipta asal Harvest Moon, Yasuhiro Wada, yang dikatakan akan hadir ke PC tak lama lagi. Bila tu? Dengar khabar, yang Little Dragons Café akan membuat kemunculan pada November 15 nanti. Studio Aksys Game sendiri yang mengumumkan tentang kemunculan Little Dragons Café ke PC. Nak tahu game Little Dragons Café ni macam mana gameplay dia? Ikut abam, abam nak tunjukkan.

Scroll to Top