No Straight Roads, Game Yang Dibangunkan Oleh Anak Malaysia, Wan Hazmer!!!

Siapa Wan Hazmer ni? Ni abam nak cerita sikit, Wan Hazmer merupakan seorang anak jati Malaysia yang pernah bekerja dengan Square Enix untuk game yang cukup popular pada masa kini, iaitu Final Fantasy XV! Biar betik?! Memang betik weh, dan sekarang, beliau telah pulang ke tanah air dan menubuh satu studio yang diberi nama sebagai Metronomik. Untuk pertama kalinya, mereka mengeluarkan 1 game yang berunsurkan muzik, dan diberi nama No Straight Roads. Jom, kita tengok sikit: