Tarikh Pelancaran The Last Remnant Remastered Diumumkan!!!

Wehhhh~ Baru-baru ni, kalau tak silap abam, game Turn Based RPG yang bagi abam best gila tetapi Underrated, The Last Remnant, telah di ‘Unlisted’ di dalam Steam. Rupa-rupanya, diorang buat ‘Comeback’ dengan develop The Last Remnant Remastered!!! Ianya telah dipastikan sendiri oleh Square Enix, semasa Tokyo Game Show 2018 dan ianya merupakan sempena sambutan ke 10 tahun untuk game tersebut. Wah, sedar tak sedar, rupanya game ni sudah berusia 10 tahun. Untuk info lebih lanjut, korang boleh teruskan bacaan korang.



The Last Remnant Remastered dikatakan menggunakan Unreal Engine 4 dan penceritaan game ini berlatar belakangkan tentang artifak kuno yang dipanggil sebagai ‘Remnants’, di mana, sesiapa yang mempunyai ‘Remnants’ tersebut, pemilik mampu menggunakan kuasa yang luarbiasa. Korang, sebagai hero, Rush Sykes akan mengembara dalam misi untuk mencari adik perempuannya, Irina Sykes. Dibawah, aku sertakan beberapa screenshot untuk The Last Remnant Remastered:

The Last Remnant asalanya di lancarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2008. Kali ini, The Last Remnant Remarstered akan dilancarkan di PlayStation 4 sahaja dengan digital copy dan akan ada di Europe, North America dan juga Jepun pada Disember 6 2018. Alamak! Macam mana dengan Steam?! Buat masa ni, ini sahaja info yang abam ada. Apa pun, kita tunggu lagi, mungkin akan ada info-info lanjut yang mengatakan The Last Remnant Remastered akan dikeluarkan di Steam. Abam merupakan kipas-susah-mati game ni, dan sangat mengharapkan akan kemunculan game ni di Steam. Di bawah, aku sediakan Video Teaser untuk korang:

Leave a Comment

Scroll to Top