The Church In The Darkness, game menyelinap masuk dalam sebuah cult bahaya!

Game cult simulator ini mempunyai suara GlaDOS Portal 2 dan Sniper Team Fortress!  

racun-tech-The-Church-In-The-Darkness-isaac-rebecca

Seperti dalam tajuk telah mengatakan, game The Church in the Darkness ini adalah game stealth, penipuan, dan infiltration yang telah set pada sekitar tahun 1970-an dalam sebuah religious cult di hutan South America. Senang cerita game ini adalah seperti Metal Gear Solid atau Hitman di mana korang perlu menyelinap masuk dan menyelesaikan misi korang. 

Dalam ni, korang akan menyelinap masuk dalam sebuah cult di hutan South America dan cuba untuk mencari kebenaran dan menyelamatkan anak buah korang.

Semasa berada di dalam cult sesat ini, korang akan sentiasa kedengaran suara ketua church cult yang disuarai oleh dua orang VO (voice over) terkenal iaitu Ellen McLain (GlaDOS Portal 2) dan Patrick Lowrie (TF2 Sniper). Setiap masa, kedua-dua ketua ini, iaitu Rebecca dan Isaac Walker, akan memberikan pengajaran melalui speaker, kadang-kadang ajaran yang aman, dan kadang-kadang, ajaran yang ingin memusnahkan semua manusia. Mereka telah berpindah ke hutan South America kerana telah dilabel sebagai radicals oleh kerajaan US.

Gameplay The Church in the Darkness

racun-tech-The-Church-In-The-Darkness

Gameplay The Church in the Darkness ini adalah lebih kepada “Do all you want” sebab ada dua cara untuk korang main game ini iaitu samada stealth, iaitu menyelinap masuk ke dalam cult ini dan cuba merungkaikan misteri dengan lancar, atau pun guns blazing, lawan semua musuh yang ada, ikut cara korang sendiri.

Jika korang seorang yang suka menyelinap masuk, NPC The Church in the Darkness tidak akan berwaspada dengan korang selagi korang tidak dekat dengan mereka. Korang juga boleh bertukar baju untuk mengurangkan keraguan orang lain terhadap korang. So rajin-rajin mencari baju untuk memudahkan kerja menyelinap korang. Korang juga akan terjumpa nota-nota yang penting mengenai cult ini supaya korang tahu tujuan cult itu dan sebagainya.

So adakah game ini menarik minat korang? Game The Church in the Darkness ini akan keluar pada 2 August dan akan mempunyai sale pada minggu pertama berlancarnya game ini. Jangan lupa untuk mendapatkannya gais! Game The Church in the Darkness boleh didapati di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: