The Division 2 Director Tanya Peminat Jika Mereka Ingin Single Player Spin-Off Fokus Jalan Cerita

Peminat Ingin Game Spin-Off The Division 2 Fokus Jalan Cerita Seperti The Last Of Us

racun-tech-the-division-2-single-player

The Division 2 telah dikeluarkan pada awal tahun ini untuk PS4, Xbox One dan PC, dan ianya tak mendapat sambutan hangat seperti judul yang pertama yang dijangkakan oleh Ubisoft. Namun begitu, The Division 2 ini masih menjadi base player yang besar. Tapi ramai yang tertanya, jika game ini akan berubah menjadi lebih daripada sekadar game shooter-looter seperti sekarang.

Buat masa ini Ubisoft tiada mengumumkan apa-apa mengenai informasi baru tentang game ini tetapi yang menariknya adalah creative director Julian Gerighty. Dia mungkin telah bagi kita harapan mengenai masa depan game ini dengan response dia kepada soalan salah seorang peminat game ini.

Baru-baru ini, seorang peminat telah tweet kepada Julian, mencadangkan single player spin-off yang fokus kepada story. Menggunakan formula The Division, dan juga mencontohi jalan cerita seperti The Last of Us, game yang terkenal dan mendapat sambutan hangat dengan genre single player fokus kepada jalan cerita yang menarik.

Response Orang Ramai?

Jawapan yang diberikan oleh para peminat mengenai soalan ini adalah “yes”. Jika dilihat dalam post twitter tersebut, ramai peminat yang menginginkan kelainan daripada game sekarang yang dipenuhi dengan genre Battle Royale atau loot-shooter. Tetapi ini masih soalan, kata akhir daripada pihak Ubisoft masih belum diketahui maka kita kena tunggu untuk mengetahui lebih lanjut tentang progress game single player spin-off The Division 2 ini.

Adakah korang sanggup beli jika keluarnya single palyer spin-off game The Division 2? Adakah game Battle Royale sekarang tidak selaku seperti dulu? Berikan pendapat korang dan bersedia untuk bergembira jika game single player The Division 2 ini keluar nanti.

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: