Toss A Coin To Your Witcher~

the-witcher-netflix-racun-tech

Seperti mana yang korang tahu, The Witcher merupakan sebuah novel dan kemudian diinspirasikan menjadi game (game The Witcher tidak berkaitan dengan novel) dan kini telah diadaptasi menjadi TV Series di Netflix yang dibintangi oleh Man of Steel sendiri iaitu Henry Cavill.

Walaupun pada mula-mula orang ramai tak yakin pada adaptasi TV Series The Witcher ini, tapi sekarang ianya menjadi salah satu TV Series yang paling banyak ditonton di Netflix! Menurut statistik Netflix, sebanyak 76 juta isi rumah yang tonton cerita tentang pemburu raksasa berambut putih ini di Netflix. Mungkin ramai yang tengok adalah sebab Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia? (Dia ada badan sasa, so mungkin?)

Sebab The Witcher Menjadi Salah Satu Cerita Yang Banyak Ditonton?

Fenomena ini telah mencetuskan viral di media sosial dan sekali gus menaikkan penjualan novel dan game siri The Witcher. Tapi dikatakan oleh Netflix yang antara viewer menonton cerita The Witcher ini hanyalah menonton selama 2 minit, kemungkinan kerana ingin tengok jika cerita ini betul-betul best atau tidak. Tapi 2 minit itu telah dikira sebagai “berniat untuk menonton”, kata Netflix.

Mungkin juga salah satu sebab The Witcher menaik adalah orang ramai tertarik dengan trend “Toss a coin to your Witcher~”. Pada mula-mula mendengar, mungkin lagu ini tak best tapi lama-lama ianya agak “catchy”. Korang boleh mendengar sendiri lagunya di bawah.

Tak lupa jugak trend daripada The Witcher di mana Geralt of Rivia selalu berkata “Hm” dan satu lagi ayat yang tidak boleh disebut di sini hehe.

Menurut skor IMDb, The Witcher mendapat skor sebanyak 8.4/10, yang agak bagus, tetapi pada skor oleh Rotten Tomatoes pula 6.6. Tapi jangan biarkan skor ini menghalang korang daripada menonton siri Netflix Original The Witcher ini okay? Peringatan, cerita ini 18 tahun ke atas jadi viewers discretion is advised okay? 

Anime Film? Daripada Studio Yang Buat Legend Of Korra??

the-witcher-netflix-legend-of-korra-racun-tech

Kisah Geralt of Rivia tak habis di situ, kini, dengan kejayaan The Witcher di Netflix, dikatakan The Witcher akan mendapat adaptasi kepada standalone animated film pula yang bertajuk The Witcher: Nightmare of the Wolf.

Standalone animated film ini akan dibuat oleh studio dari South Korea, iaitu Studio Mir, yang membawakan kita Legend of Korra (harapnya takda kuasa bending macam dalam Avatar jer nanti hehe). Buat masa sekarang tiada sebarang info apa-apa tentang bila akan keluar atau adakah pelakon daripada siri Netflix The Witcher itu akan terbabit dalam film ini tapi yang pasti ianya akan jadi.

Season 2?

the-witcher-netflix-racun-tech

Setakat ini, dikatakan season 2 akan disiarkan di Netflix pada tahun 2021. Alang-alang itu, peminat, atau penonton baru The Witcher boleh baca Novel pertama iaitu Blood of Elves atau main game siri The Witcher ini untuk kenali dengan lebih dalam dunia The Witcher.

Toss a coin to your Witcher~ oh Valley of Plenty~

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: #RacunReview Gaming Laptop Illegear Selenite Upgraded!?, Prodigy Dan Rogue Laptop Gaming Keluaran Illegear?, #RacunReview-Illegear Raven, Reka Bentuk Laptop Yang Ekslusif dan Juga Menarik!!!!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *