This War of Mine dan Moonlighter free di Epic Games Store! Minggu depan For Honor dan Alan Wake!?

This War of Mine dan Moonlighter boleh dituntut secara percuma di Epic Games Store

racun-tech-this-war-of-mine-moonlighter-free-game

Macam biasa, setiap minggu Epic Games akan memulakan kempen kemurahan hati mereka dengan memberikan game yang telah diorang beli secara free. Minggu lepas telah diberikan game Limbo secara free dan pada minggu ini pulak seperti yang dikatakan minggu lepas adalah game This War of Mine dan Moonlighter.

Bagi mereka yang tak tahu, This War of Mine adalah game post-apocalyptic yang telah ditetapkan pada masa depan dystopia di bandar yang musnah akibat peperangan iaitu Poragen, Graznavia. Korang akan memilih salah satu survivor dan perlu survive dalam kehidupan dalam suasana yang susah, penuh dengan penjenayah dan sebagainya. Selebihnya korang perlu download This War of Mine untuk mengetahui jalan cerita dan perit kehidupan dalam game ini. Game This War of Mine adalah game yang mendapat rating M so jika korang adalah bawah umur 18 maka korang tak boleh dan jika melepasi, silakan download dan enjoy!

Untuk Moonlighter, game ini adalah game mengenai korang yang akan mengendalikan kedai korang pada siang hari dan pergi mengembara pada waktu malam. Untuk jaga kedai, ianya melibatkan mengendalikan barang dan mendapatkan duit yang di mana player akan melabur untuk upgrade pekan korang. Korang jugak boleh upgrade dan craft weapon, armor dan potions untuk kegunaan korang nanti.

Kedua-dua game ini telah dibuat oleh developer 11 bit studios dan kedua-duanya mendapat sambutan hangat oleh player, lagi-lagi player yang menyukakan game platformer indie.

Game ini akan jadi percuma untuk dituntut daripada sekarang hingga 2 August.

Minggu depan adalah game terbesar Epic Games Store bagi secara free iaitu For Honor dan Alan Wake!

racun-tech-this-war-of-mine-moonlighter-free-game

Minggu depan adalah minggu game free yang sangat best iaitu game For Honor dan Alan Wake! Sebelum ni Ubisoft pernah bagi free tapi kali ini Epic Games Store pulak yang murah hati akan memberikan game For Honor ini secara percuma kepada semua pengguna Epic Games Store.

Tak lupa jugak Alan Wake akan ada dalam senarai percuma minggu depan di samping For Honor maka korang jangan lupa untuk mendapatkan kedua-dua game best ini okay! Jangan lupa jugak untuk tuntu game This War of Mine dan Moonlighter sekarang!

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.stud



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: