Tidak perlu RT Cores untuk Raytracing di Battlefield V



Nampaknya sekarang tak ada RT core pun tak apa untuk DirectX RayTracing di Battlefield V. Tahu tak macam mana?

Ni ha dalam forum 3DCenter ada seorang pengguna telah mengatakan bahawa dia berjaya manage DXR dalam Battlefield dengan menggunakan NVIDIA TITAN V, berdasarkan pada NVIDIA Volta dan tidak ada RT core yang khusus.

Tapi NVIDIA denied yang real time raytracing tak mungkin akan ada tanpa RT Cores. Takkan NVIDIA pun tak pasti yang produk diaorang ni mampu buat seperti ni? Sebenarnya, NVIDIA TITAN V boleh memberikan kadar frame yang amat baik di Battlefield V dengan DXR yang dibolehkan. Ha, tanpa RT Cores lagi tau.

Okay, NVIDIA dah explainkan bahawa DXR memang boleh dikendalikan oleh software layer dengan kad grafik tanpa RT Cores. So lepas ni tak ada RT Cores dah lah eh untuk raytracing? haha Power! Mesti masa akan datang semua kad grafik takda RT Cores dah. Tapi tu seoreang pengguna la yang dah cuba untuk guna tanpa perlukan RT Cores. Korang pun boleh try juga.

Tapi sis tengok dekat laman web NVIDIA Battlefield V DXR Real-time Raytracing, diaorang ada cerita mengenai apa yang diperlukan untuk merasai raytracing dan salah satunya adalah kad grafik GeForce RTX. NVIDIA takda pula menyebut TITAN V boleh mengendalikannya. Adakah NVIDIA memang tak mahu menyebutnya sebab tahu, ramai gamer tak akan beli TITAN V untuk bermain game.

Tak ketinggalan juga, AMD pun ada tawarkan real-time raytracing melalui Radeon ProRender, so ada juga beberapa basic support untuk DXR walaupun dengan penyelesaian kad grafik terkini diaorang. Macam mana pula dengan performance nya? Mungkin frame rate ia besar.

Harga TITAN V lagi mahal daripada kad lain. Baik beli je NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti sebab ia juga boleh dapatkan prestasi yang lebih cepat! Daripada beli TITAN V yang harganya lagi mahal dan performance lebih kurang sama je. Eh?

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top