TIME tawarkan 1Gbps Pelan Internet

Wah! Kali ini sis nak kongsi kan berita menarik. Korang tahu TIME? Syarikat telco yang menawarkan pelan internet seperti syarikat-syarikat lain.

Selepas MCMC keluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia kini boleh menikmati jalur lebar talian tetap dengan dengan pantas dan harga yang lebih rendah. TIME adalah salah satu daripada syarikat telco yang terlibat dalam plan ini .

Sekarang, TIME tawarkan plan internet baru dengan kelajan 1GBPS dengan harga RM199 sebulan. Bukan itu sahaja, untuk plan yang lain seperti 100Mbps RM99 sebulan dan 500Mbps RM139 sebulan. Semua plan tersebut mempunyai kontrak sama ada 12 bulan atau 24 bulan. Jika pilih kontrak yang 12 bulan, korang perlu bayar RM300 sebagai yuran pendaftaran. Tapi, tidak perlu bayar yuran pendaftaran sekiranya pilih kontrak 24 bulan.

Kepada pelanggan yang sudah menggunakan plan internet dari TIME, mereka upgrade kan kelajuan internet untuk pelanggan yang sedia ada tanpa cas tambahan. Pelanggan yang melanggan 100Mbps, TIME upgrade kan kepada 500Mbps, untuk yang melanggan 300Mbps dan 500Mbps, TIME akan upgrade kan kepada pelan ultra-fast 1Gbps.

Bagi kelajuan internet untuk upload dan download adalah sama. Pelan 1Gbps hanya akan memuatkan kelajuan upload sehingga 500Mbps, yang masih cukup laju.

Sis rasa sangat excited sebab Malaysia akan mempunyai internet dengan kelajuan 1Gbps. SO, Malaysia makin kehadapan ni! Go Malaysia!!

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

 

 

 

 

 



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: