Timesplitters disahkan franchise akan kembali semula! Awesome!

Timesplitters franchise kini sedang berada “di dalam perancangan”

racun-tech-Timesplitters-remake-remastered

Nampaknya kita bakal mendapat kepulangan franchise Timesplitters! Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini THQ Nordic telah mendapatkan banyak studio di bawah ngaumannya. Dalam satu “earning call” bersama para pelabur, THQ Nordic telah sahkan kepulangan semula franchise Timesplitters ini!

Bukan itu sahaja, tetapi Co-Creator Timesplitters, Steve Ellis, telah masuk syarikat untuk “merancang masa depan” kepada franchise Timesplitter ini. Tetapi kita tak tahu samada continue daripada sebelum ini, spin off ataupun remake atau remastered. Seperti mana korang tahu, sejak dua menjak ini adalah tahun remake dan remastered dalam gaming. Nostalgia boy!

Kali terakhir nampak franchise ini?

racun-tech-Timesplitters-remake-remastered

Untuk pengetahuan korang, THQ Nordic telah pun memiliki hak kepada franchise ini pada tahun 2018. THQ Nordic juga sedang membangunkan balik IP dahulu kala dengan membuat remake dan remastered seperti Destroy All Humans. Tetapi kemungkinan besar franchise ini akan mendapat remake, memandangkan orang ramai suka remake kepada game lama.

Kali terakhir kita nampak franchise ini adalah pada tahun 2005 iaitu Timesplitters: Future Perfect dan sebelumnya iaitu Timesplitters 1 & 2 pada 2000 dan 2002 (mengikut susunan). Sejak siri pada tahun 2005 itu, tiada sebarang berita tentang game ini dikeluarkan sehingga lah kini.

Adakah dulu korang main Timesplitters? Happy tak dengan pengumuman kepulangan semula franchise ini? Apa-apa pun, It’s time to split!

See Also: Capcom memilih beberapa fans untuk menguji Resident Evil baru!, Unifi memberikan #khabarbaik dengan mengumumkan unifi Air, unifi Lite dan myunifi APP!, NZXT mengumumkan ketibaan H Series dan H510 baru!, Apex Legends streamer banned sebab dapat tembakan nasib, Moderator terpedaya, Ninja kena hack di Instagram!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: