Tips Membeli Gaming Mouse Yang Awesome!

Jadi Gamer Terbaik Dengan Mouse Yang Terbaik

So korang tengah baca ni mesti tertanya nak beli mouse mana satu yang best betul? So kali ni kita akan masuk ke dalam alam memilih mouse gaming yang terbaik (bukan 2019) untuk korang. So first of all, adakah korang gamer atau bukan? Sebab sebagai gamer, mesti korang pernah terasa bila main game “Mouse ni macam tak sedap je pakai” atau “Tak feel lah mouse ni!”. Kalau korang bukan gamer, korang tetap dialu-alu kan untuk mengetahui tips nak memilih mouse yang bagus macam mana.

So sebagai permulaan, mouse atau tetikus menggunakan CMOS censor untuk analyze permukaan yang diorang duduki. Diorang analyze permukaan untuk mengenal pasti kemampuan, dan laju pergerakan dengan mengambil beribu gambar digital sesaat.

So dalam dunia gaming ni, ada dua jenis mouse dalam dunia ni iaitu Optical Mouse dan Laser Mouse. So jika tertanya ada perbezaan ke tak antara dua ni memang ada tapi macam biasa, kedua-duanya tetap mouse so korang jangan gelabah kalau tersalah beli ke apa okay? So kita kenali dulu dengan kedua-dua jenis mouse ni okay gais baru boleh diberi tips.

Kalau korang rasa tips ni berguna, share lah kepada member sebagai reference korang ye 🙂 Enjoy!

Optical Mouse

racun-tech-tips-gaming-mouse

Optical Mouse ni korang boleh jumpa di mana-mana cyber cafe sebab kebiasaanya diorang memakai mouse jenis ni. Optical Mouse ni gais adalah di mana menggunakan light-emitting diode (LED),  merekod permukaan menggunakan optoelectronic sensor (senang cerita memakai low resolution camera) untuk rekod permukaan di mana mouse tu diletakkan. Selain tu jugak Optical Mouse ada Digital Signal Processing (DSP). Pergerakan dikesan melalui penggunaan semua yang dinyatakan di atas sebagai pengganti bebola mouse yang dipakai sebelum ni.

So, Optical Mouse ni menangkap gambar microscopic permukaan di mana mouse tu diletakkan sebanyak 1000 gambar sesaat. So kalau mouse digerakkan, maka gambar diambil pun bergerak. Sebab tu mouse ni mesti dipakai pada atas permukaan yang tak memantul, untuk memboleh kan LED dalam mouse ni untuk berfungsi analyze permukaan tersebut. Contoh permukaan yang memantul cahaya adalah kaca. Optical Mouse ni jugak tak perlu dibersihkan dalamannya. Ni sebab mouse ni tak ada sebarang part yang bergerak yang perlu dibersihkan. Sebab itu lah mouse ni perlu sangat-sangat digunakan di atas mouse pad.

Laser Mouse

racun-tech-tips-laser-mouse

Macam namanya berbunyi, mouse ni menggunakan laser sensor sebagai pengesan pergerakan mouse ni. Bukan laser yang sampai ke tahap memotong barang tu tau gais ingat tu, ni bukan Star Wars. So Laser Mouse ni menggunakan laser seperti yang disebutkan tapi Laser Mouse ni ada baiknya. Penggunaan Laser Mouse ni boleh dikatakan boleh digunakan pada hampir setiap permukaan yang ada. Ni sebab laser dalam mouse tersebut akan mengesan permukaan dengan tepat dan mempunyai sensitivity yang kuat. Laser Mouse ni jugak sering digunakan dalam gaming industry disebabkan mempunyai DPI atau Dots per inch yang tinggi. Laser Mouse ni kebanyakannya digunakan untuk gaming, engineering dan 3D modelling and animation yang menggunakan ketepatan sebagai main focus diorang.

Tapi downside kepada Laser Mouse ni adalah ianya akan terlebih analyze permukaan dan akan menyebabkan pergerakan yang tak diperlukan. Contohnya korang gerakkan sedikit sahaja mouse tu tapi dia tergerak lebih dari apa yang kita jangkakan.

Perbezaan Antara Dua Mouse Ni?

racun-tech-gaming-mouse-tips

Seperti yang dikatakan tadi, kedua-duanya adalah sama je, penggunaan harian kita dalam menggunakan PC atau laptop. Bezanya tak banyak pun. Kedua-dua jenis mouse ni ada baik dan buruknya. Optimal Mouse adalah lebih cost-effective, maksudnya harga dia adalah sama dengan performance yang kita harapkan. Manakala Laser Mouse pulak lebih mahal tapi performance dia lebih better dan DPI yang lebih tinggi.

Optimal Mouse pulak tak boleh digunakan pada hampir setiap permukaan kecuali mouse pad atau permukaan yang tak memantul, tapi Optimal Mouse adalah lebih tepat. Laser Mouse pulak hampir setiap permukaan boleh digunakan tapi sensitivity yang kuat membuatkan mouse ni tidak stabil penggunaannya.

Tips Untuk Beli Mouse?

So kita sudah pun boleh mula pada tips untuk membeli gaming mouse yang terbaik untuk penggunaan korang. Sebelum mula membeli, korang kena pastikan tips-tips yang dibagi ni adalah yang terbaik untuk korang. Sebab pada akhir sekali, korang jugak yang akan membuat keputusan untuk membeli mouse tersebut. So korang kena menitik berat dalam membeli mouse pada:

  • Dots Per Inch (DPI)

DPI atau Counts per inch (CPI lebih tepat berbanding DPI) adalah di mana mouse tu membaca atau mengambil gambar permukaan. So lebih banyak jumlah DPI atau CPI ni, lebih laju pergerakan cursor korang dan kalau lebih sikit, makin banyak lah usaha korang untuk gerakan mouse tu semata-mata nak cursor sampai ke hujung screen.

Tapi mesti ramai yang dengar Laser Mouse mempunyai lebih tinggi jumlah DPI berbanding Optimal Mouse. Tapi sebenarnya itu dulu, sekarang ni kita boleh tengok banyak Optimal Mouse semakin mengejar bilangan DPI yang ada dalam mouse diorang untuk mengejar Laser Mouse. So gap antara Laser Mouse dan Optimal Mouse tak jauh pun.

Jadi tiada siapa yang nak menghalang korang nak beli mouse mana satu. Ada yang beli mouse Laser Mouse untuk mendapatkan DPI lebih tinggi untuk main game action focused seperti CS:GO, CoD, dan macam-macam lagi. Tapi ingat, Optimal Mouse pun boleh dikatakan sangat sesuai dalam dunia gaming so pilihan di tangan korang.

  • Grip

Okay so, grip ni adalah cara cengkaman korang untuk mouse tu. Setakat ni ada 3 jenis cara orang cengkam mouse ni. Satu adalah Claw Grip, di mana korang lebih memfokuskan penggunaan jari dan hujung tapak tangan korang untuk memegang dan menggerakkan mouse tu. Seterusnya adalah Palm Grip, yang korang memegang mouse tu secara keseluruhan dengan tangan korang. Yang terakhir adalah Tip Grip, yang hampir sama macam Claw Grip, tapi gaya ni hanya jari sahaja yang memegang mouse dan tak menggunakan tapak tangan.

So untuk beli mouse, korang kena beli yang betul-betul mengikut kesesuaian cara grip korang. Lebih selesa pegang mouse tu, lebih better penggunaan korang.

  • Acceleration 

So Acceleration ni adalah satu issue besar dengan sensor gaming mouse ni. Issue tu di mana lagi laju korang menggerakkan mouse tapi cursor mouse tu lebih laju berbanding korang menggerakkan mouse tu. So dipertimbangkan untuk korang cari mouse yang betul-betul selari di antara pergerakan mouse dengan kelajuan pergerakan cursor mouse tersebut.

  • Lift-off Distance

Lift-off ni lah yang orang ramai selalu buat bila main game. Untuk pengetahuan korang, lift-off adalah di mana korang mengangkat mouse korang supaya dia berhenti sense permukaan tersebut. So lift-off distance ni adalah jarak jauh mana korang angkat mouse korang untuk berhenti analyze atau sense permukaan. Sebagai gamer hardcore, benda ni sangat penting sebab kalau lebih tinggi jumlah lift-off distance, lagi jauh lah korang boleh angkat tapi angkat sedikit je masih detect lagi sensor dia.

So apa yang korang perlu cari adalah mouse yang mempunyai lift-off distance detector yang rendah so korang angkat sikit jer, dah tak detect permukaan.  

  • Harga

Of course, harga. Korang taknak lah beli mouse bajet terlampau semata-mata nak main game kan? So korang hanya perlu beli gaming mouse yang tepat, dan harga berpatutan sahaja. Ada jer mouse yang murah tapi memberikan performance padu. Tapi ada jugak yang mahal tapi lebih padu performance dia. So korang kena cari mouse yang berharga average atau sederhana. Buat macam ni akan memastikan korang mendapat mouse yang efficient dengan harga yang berpatutan.

Akhir Kata

So itu sahaja tips yang boleh diberikan dalam membeli gaming mouse. Apa yang diceritakan tadi mengenai Laser Mouse dan Optimal Mouse tu adalah sebagai penambahan info untuk korang. Supaya korang lebih mengenali dan mengetahui perbezaan tentang gaming mouse. Tapi pada pendapat sendiri, Optimal Mouse lebih better dan sangat-sangat disyorkan. Bukan sahaja DPI bagi Optimal Mouse makin tinggi sekarang, tapi ketepatan mouse ni dan sensitivity yang tak kuat sangat membuatkan korang rasa mouse ni memang bagus.

Antara contoh mouse yang bagus adalah Glorious Model O daripada PC Gaming Race. Mouse ni adalah Optimal Mouse dan memang sangat bagus lah pada pendapat sendiri. DPI untuk mouse ni adalah 400 (kuning), 800 (biru), 1600 (merah), dan 3200 (hijau). Bukan tu jer, tapi mouse ni sangat-sangat lah ringan dan mudah untuk digunakan selain daripada design dia yang bagi orang yang mempunyai trypophobia sangat-sangat takut pada mouse ni. But overall mouse ni sangat tepat bagi gamers yang nak memulakan gaming dengan experience yang sangat best.

Tapi itu pada pendapat sendiri lah, sebab E-jam dah try banyak mouse dan mouse ni sangat compatible yang mengikut criteria-criteria seperti di atas tadi.

So pilihan di tangan korang, yang penting, jangan biarkan apa-apa menghalang korang daripada bermain game dengan ultimate experience okay? Keep it classy, stay safe dan ciao gais~

See Also: Death Stranding Sudah Keluar Trailer dan Release Date!, Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Temporary License Diberikan Kepada Huawei, Black Ops 5 Adalah CoD 2020, Modern Warfare 4 Ke Mana?, John Wick Skin Dalam Fortnite Rasa Awkward

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: