TIPS : MEMILIH KEYBOARD GAMING TERBAIK 2019!

Tips yang korang perlu tahu sebelum membeli keyboard Gaming

Papan kekunci atau dikenali sebagai keyboard adalah senjata utama keyboard warrior di alam maya. Tanpa keyboard, sebuah setup PC itu tidak akan lengkap ibarat pergi berperang tak bawak senjata. eh..Korang kena baca tips ni sampai habis tau!

#1 SAIZ KEYBOARD

Ya, pertama sekali korang kena tentukan korang nak guna size keyboard apa. Ada 3 jenis saiz keyboard yang selalu digunakan orang ramai contohnya 60% keyboard, Tenkeyless (TKL) dan full size keyboard.

Kalau korang nak jimat ruang, boleh pilih 60% keyboard (60 keys) sebab dia kecil, compact dan korang mungkin akan ambil masa untuk biasakan dengan size dia sebab keyboard ni ada learning curve yang tinggi. Yelah, dah biasa menaip dekat layout biasa kan.

Next, TKL keyboard ialah keyboard yang tiada numpad dan dia mempunyai 87 keys. TKL keyboard ni memang sinonim dengan gamers yang mahukan ruang pergerakan mouse yang extra. Yelah, bila korang ‘flick’ mouse mcm Shroud tu mesti akan terkena keyboard kan. So, TKL keyboard ni boleh selesaikan masalah mouse berlaga dengan keyboard korang tu.

Full size keyboard adalah keyboard yang bersaiz normal (104 keys) yang selalu digunakan orang ramai. Tetapi, kalau korang mahukan gaming dan buat kerja yang melibatkan numpad, full size keyboard memang patut jadi pilihan korang.

Gaming keyboard berbeza saiz
Dari kiri, 60%, TKL dan Full size keyboard.

#2 Membrane vs Mechanical

Mechanical keyboard adalah keyboard yang mempunyai switch dibawah keycaps yang mana kalau korang tekan keys dia ada feedback dari switch tu sendiri. Macam korang tekan spring dia, akan ada feel spring tu yang menandakan key tu sudah register.

Mechanical Switch


Membrane keyboard pula adalah keyboard yang mempunyai 3 lapisan yang sangat fleksibel iaitu Top membrane layer, Holes layer dan bottom membrane layer. Bila key ditekan, ia akan travel ke layer kedua yang dipanggil holes layer dimana membolehkan pressure pad yang terletak dibawah setiap key untuk pass through dan membolehkan ia contact pada conductive traces pada bottom layer.

#3 KUALITI KEYBOARD

Bercakap pasal kualiti ni memang pelbagai pendapat. Ada yang cakap produk yang murah ni kualiti rendah, manakala produk yang harga tinggi kualiti dia pun tinggi. Dah 2019, dan tanggapan tu sememangnya tidak boleh diguna pakai sama sekali.

Apa yang paling penting dari segi kualiti adalah kita nilai dari material yang digunakan untuk struktur keyboard itu sendiri. Ada yang guna plastic, aluminium dan lain-lain lagi. Bagi aku, material plastic akan membuatkan kita rasa produk tu ‘murah’ dan tidak premium. Aluminium base untuk keyboard boleh buatkan keyboard yang kita beli tu jadi premium walaupun harga RM200 dan tak sepopular brand Gaming yang lain.


Next, ialah keycaps yang digunakan. Kebanyakan keyboard mechanical kat luar sana datang dengan keycaps standard yang diperbuat dari material ABS. ABS( Acrylonitrile Butadiene Styrene ) tu ialah material plastic yang berkilat finishing dia. Penggunaan keycaps ABS pada jangka panjang akan buatkan key stroke dekat keycaps korang akan hilang atau bahasa pasar dia haus.

tips about abs keycaps
Keycaps ABS selepas bertahun digunakan


Jadi, apa alternative yang bagus? Haa, ni aku share tips yang berguna iaitu material keycaps yang berkualiti iaitu PBT. Nama saintifik dia ialah ‘polybutylene terephthalate’ yang mana PBT ni sinonim dengan keycaps yang lebih tahan lasak, lebih umpph bila kita tekan keycaps tu dan bunyi dia adalah lebih low pitch, ABS kita tekan keycaps dia bunyi lagi bising , tambah lagi combine dengan blue switch yang ada feel clicky and tacky. Harga keycaps PBT dekat market korang boleh usha dekat Shopee, or direct taobao lagi senang.

#4 FEATURES

Selalu korang gamers dan typist sejati akan click keyboard laju-laju kan, haa features NKRO iaitu USB N-KEY ROLLOVER memang sangat berguna kerana NKRO ini membolehkan korang untuk tekan key serentak dengan sebanyak mungkin dan key tu registered.

Tips yang seterusnya, ialah adjustable feet. Angle typing setiap orang berbeza dan features ini sangat membantu supaya korang tak janggal bila menaip atau tengah gaming. Feet yang boleh dilaras ini boleh mengurangkan strain atau keletihan semasa korang mencari chicken dinner.

Keyboard yang tak ada RGB zaman sekarang ni nampak janggal dalam kalangan gamers, tapi ada juga gamers atau typist yang tak gemar RGB. Macam keyboard Ducky ni nampak clean dan ada RGB yang tak over sangat. So pilihan tu ada pada korang sendiri, nak buat setup macam mana.

ducky one 2 mini black
DUCKY ONE 2 MINI 60% KEYBOARD

#5 HARGA DAN WARRANTY

Bercakap tentang harga ni, tak semua orang mampu untuk laburkan wang yang banyak untuk keyboard. Sebagai rakyat marhaen, selepas kita dah tentukan kita nak guna keyboard yang jenis macam mana, kita boleh mula survey harga setiap brand dan warranti yang ditawarkan. Yelah, beli mahal-mahal pun kalau nak claim warranti atau dekat Malaysia ni tak ada wakil warranti dia lagi susah!

Selalunya, warranti untuk keyboard adalah 1 tahun sahaja, ni ikut brand ya, setiap brand ada polisi warranti yang berbeza. Korang kena rajin sikit google atau terus PM brand tersebut.

Sebagai penutup, korang kena check wallet masing-masing supaya korang tak membazir atas pembelian korang. Jangan lupa tips yang aku dah bagi ni. Untuk lebih info, nanti aku terangkan lebih details pasal keyboard mechanical dalam video! Chiaoo~~

Oops, kalau korang nak cari mechanical yang padu dan ada warranti tempatan, aku nak share beberapa model

https://bit.ly/2RMBMtz – DUCKY ONE 2 TKL MIDNIGHT

https://bit.ly/2Xerm7d – DUCKY ONE 2 RGB 60% KEYBOARD



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: