Torchlight Kini Free Untuk Dituntut Di Epic Games Store! Limbo Adalah Game Seterusnya

Tiada Diablo? No Problemo!

racun-tech-torchlight-game

Hari itu Overcooked, game memasak secara Co-Op telah diberi peluang untuk dituntut secara free di Epic Games Store, kini game Torchlight pula jadi free untuk dituntut di Epic Games Store. Seperti yang korang tahu, game ini adalah salah satu game yang ingin menjadi pesaing game Diablo, yang dibuat oleh Blizzard dalam memegang takhta raja RPG.

Dibuat oleh Runic Games, yang dibuat oleh beberapa bekas developer Diablo, game ini adalah game yang sangat indah dan mempunyai salah satu pet yang comel dalam dunia gaming. 

Gameplay Torchlight Dan Next Free Game?

racun-tech-torchlight-gameplay

Gameplay game ini adalah lebih kurang macam Diablo tetapi apa yang membuatkan game ini special adalah pet (kucing atau anjing) dia yang bukan sahaja membolehkan korang menyimpan barang, tetapi boleh membuat perjalanan ke pekan untuk dan menjual barangan untuk menyenangkan pengembaraan korang. Ada juga kebolehan untuk korang menukar haiwan peliharaan korang untuk menjadi “various combat ready shapes” atau kiranya bertukar menjadi sesuatu yang boleh lawan, contohnya labah-labah besar.

So, kini Torchlight, game RPG daripada Runic Games adalah percuma untuk dituntut di Epic Games Store. Macam game Overcooked, game Torchlight ini akan percuma untuk dituntut dalam seminggu dan kemudian minggu depan adalah game Limbo pula so tuntut dengan cepat gais sebelum terlepas!

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm k



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: