Twitch akan memperkenalkan Squad Stream pada 2019

Twitch telah membuat satu pengumuman semasa di TwitchCon 2018, di mana mereka menambah Squad Stream pada tahun 2019 di platform live streaming-nya.

Dalam Squad Stream, terdapat empat creators yang akan dapat stream bersama dalam sati pandangan yang boleh dilihat oleh pengguna apabila mereka melawat kemana-mana saluran mereka. Pengguna boleh menontonnya di desktop dan di telefon mudah alih dan boleh melanggan ke semua saluran yang ada.



Selain itu, semua chat akan dipautkan ke semua saluran penonton yang dipilih sebagai paparan utama mereka, jadi mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain atau bersama rakan-rakan dengan hanya klik sahaja. Beberapa streamer yang dipilih akan mempunyai akses tersendiri seperti sebelum ini untuk mengujinya. Ini membolehkan mereka melihat peningkatan kemajuan dan mendapat respon daripada pengguna dengan apa yang mereka boleh lakukan untuk meningkatkan lagi Squad Stream ini.

Bukan itu saja, terdapat juga features yang baru diperkenalkan termasuklah alat penyemak tambahan, VIP badges, update Editor Highlight dan lain-lain. Anda boleh ketahui lebih lanjut di sini.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top